DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

LONDON: Barisan pemain muda Arsenal mencipta keunggulan apabila menundukkan Liverpool 2-1 pada saingan Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi.

Sementara Chelsea dan Manchester City menang dengan lawan masing-masing untuk mara ke pusingan suku akhir.

Penyerang remaja Arsenal, Fran Merida memberikan gol pembukaan pada minit ke-19 untuk menggegarkan Stadium Emirates.

Berusia 19 tahun dan bekas pemain Barcelona itu melakukan gerakan cantik sebelum membolosi gol Liverpool.

Emiliano Insua pula menyamakan kedudukan pada minit ke-26 dan menjadi gol pertamanya untuk Liverpool menerusi tendangan volley pada jarak 25 ela.

Namun Nicklas Bendtner, 21, meledak gol pada minit ke-50 untuk membawa Arsenal layak ke suku akhir.

Sementara itu, Chelsea menang selesa ke atas Bolton 4-0 meskipun tanpa pemain utama seperti John Terry, Frank Lampard dan Petr Cech.

Gol pada separuh masa pertama Chelsea menerusi Salomon Kalou dan Florent Malouda, sebelum Deco dan Didier Drogba menyumbat dua lagi gol pada babak kedua.

Manchester City pula memusnahkan impian kelab Scunthorpe dengan menang 5-1 di Eastlands dengan Roque Santa Cruz melakukan gol sulungnya untuk skuad bimbingan Mark Hughes.

Gol pembukaan City dilakukan Stephen Ireland namun Scunthorpe bangkit menerusi jaringan penyamaan oleh Jonathan Forte pada minit ke-26.

Santa Cruz menjadikan kedudukan 2-1 menerusi golnya pada minit ke38, disusuli Joleon Lescott pada minit ke-56 dan Carlos Tevez (71).

Pemain gantian Michael Johnson menambah jaringan kelima City pada minit ke-77. - AFP

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Demo happy la bila Arsenal menang...

Reply to This

Demo pn tukar gambar juga dh, gi mano doh moto Z demo tu? Jual beli keto dh kn...

Reply to This

hahaha. Happy jgk la. ore lain tkr gmbr blako gak. kawe tukar la. bro khai pom xsir boh gmbr dio..huhuhu

Reply to This

prust kwe boh liv kaloh...huhu

Reply to This

walaupun menang...defensive still kucar kacir lg...once we are gunners, always we are gunners...huhuhu

Reply to This

pakak tukar gmba lako sek ni....nk tra tuka bleh sminggu.

Reply to This

Bakpo nk tuka gambar puloknyo? Hari tu oyak tok say tuka sbb itu lmbg kecintaan demo thdp bolasepak Kelate.

Reply to This

pakak tukar tuka blako etek.....ajak nk tra tuka bleh smnggu,..tp doh demo royak g2 tk jd ah.

Reply to This

Demo jugok hok oyak lagu tu ko kawe. Demo tak tuka gmbr tu sbb itu mnunjukkn bahawasanya demo fan sejati bolasepak Kelate.

Reply to This

ya 10.7 mrkah untuk saudara Adry.....
tp kawe nk bt percubaan jah......kalu sesuai kawe kekalkn.

Reply to This

pmainan liv xleh nk agok sgt...
kade2 mene,kade2 kaloh,hoho...

Reply to This

Reply to This

RSS

About

KhAi KhAi created this Ning Network.

Badge

Loading…

Blog Posts

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 28,29 Nov & 2 Dec 2009

Posted by KhAi on November 25, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 21,22 & 25 Nov 2009

Posted by KhAi on November 18, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 7,8 & 9 Nov 2009

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 7:30pm

KhAi

Kelantan Isytihar Cuti Ahad Ini Sempena Final Piala Malaysia

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 10:25am

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • adam haris bin rahman
  • adam haikal
  • Mohd Hafiz
  • NIZE86
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • Adl Zqn_Eja
  • mkmz hijau kuning
  • gLaTiCoS
  • N9_JOE
  • cHeLseA4eVa
  • Marod
  • secret_kenari
  • leenee
  • DANIEL AKMAN

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!