DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Adry©

Azraai Ucap Selamat Tinggal Kepada Skuad Sang Kenari. Letak Jawatan Sebagai Jurulatih.

Azraai tinggalkan Kedah

ALOR SETAR - Selepas hampir enam tahun bersama pasukan bola sepak Kedah, jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah semalam secara rasmi meninggalkan Sang Kenari untuk membimbing pasukan Harimau Muda mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Jurulatih berusia 57 tahun yang menjadi watak penting membantu Hijau Kuning meraih gelaran treble berganda Liga Malaysia itu menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dr. Hamdan Mohamed Khalib semalam.
Keputusan itu antara lain dipercayai berpunca daripada prestasi hambar Kedah dalam saingan Liga Malaysia 2009 selain didakwa kecewa kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya pengurusan ketika mengendalikan skuad Hijau Kuning musim ini.
Mohd. Azraai memberitahu, dia akan mengendalikan skuad bawah 21 kebangsaan sedia ada iaitu juara Liga Perdana musim ini, Harimau Muda, mulai 1 November ini selepas menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jurulatih yang sinonim dengan skuad Hijau Kuning itu berkata, perasaannya bercampur baur antara sedih, hiba dan akan merindui pasukan Kedah tetapi berdasarkan perkembangan semasa termasuk mendakwa tidak mendapat sokongan sewajarnya, membuatkan dia tidak berminat untuk menyambung kontrak bersama Sang Kenari.
"Saya menerima panggilan daripada wakil FAM tengah hari ini (semalam) mengenai tawaran itu dan surat pengesahan akan dihantar kemudian.
"Dengan situasi semasa yang berlaku, saya tidak berminat untuk menyambung kontrak dengan Kedah dan telah menghantar surat memohon dilepaskan daripada jawatan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Mohd. Azraai yang mula membimbing Kedah sejak 2004 membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/2006, kemudian mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara treble berganda Liga Malaysia dua musim berikutnya.
Menurutnya, dia telah membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih dalam saingan domestik dan sekarang merupakan masa terbaik baginya untuk berbakti kepada negara dengan menghulurkan pengalaman membimbing skuad Harimau Muda.
"Sudah tiba masanya bagi saya untuk berusaha menghulurkan sumbangan pengalaman kepada skuad bola sepak negara khususnya dalam membangunkan bakat pemain-pemain muda,'' katanya.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Den setuju!!!!
DBS lbh baik jika berada dlm suasana kekitaan dan dlm satu komuniti.

Reply to This

stuju2....hantam dia..huhu

Reply to This

100% stuju

Reply to This

hah,sapa yang mula kan dulu ? en.nize86 sesuka ati ja ckp azrai khor TAK BERTAMADUN hampa tau dak maksud x bertamadun 2 mcm zaman jahiliah la,sbb depa x bertamadun !!! aku qasa azrai khor letak jawatan mungkin sbb ada persaan bersalah atas prestasi kedah musim nih, atau pun atas sbb laen.. normal la jurulatih letak jawtan lg pun qamai jurulatih bertaraf dunia letak jawatan.. jose mouriho pun letak jawatan time chelsea dulu,waktu 2 baru awal musim epl, pas 2 kevin keegan masa newcastle... bekas as roma coach luciano spalleti pun letak jawatan time serie A baru bermula dan carlo anceloti time ac milan habis serie A..... jadi perkara jurulatih letak jawatan adalah normal... bkn x bertamadun, tp atas sifat perasaan bersalah atau pun kena buang oleh pihak pengurusan..... setapak aku x lari hampa nk hentam aku... bkn aku kena buang kerakyatan malaysia pun...............

Reply to This

just my pendapat....

x yah rasa2 la. die tinggalkan Kedah bkn sbb rs bersalah ttp sbb die dapat twaran dari Harimau Muda...xde setitis rs bersalah pun di muka Azrai Khor ms die tandatngan surat tawaran dari Harimau Muda. Dengan rs bangga lg. siap wat live dlm TV lg. 1Malaysia nampak..

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • ir

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!