DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Adry©

Azraai Ucap Selamat Tinggal Kepada Skuad Sang Kenari. Letak Jawatan Sebagai Jurulatih.

Azraai tinggalkan Kedah

ALOR SETAR - Selepas hampir enam tahun bersama pasukan bola sepak Kedah, jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah semalam secara rasmi meninggalkan Sang Kenari untuk membimbing pasukan Harimau Muda mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Jurulatih berusia 57 tahun yang menjadi watak penting membantu Hijau Kuning meraih gelaran treble berganda Liga Malaysia itu menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dr. Hamdan Mohamed Khalib semalam.
Keputusan itu antara lain dipercayai berpunca daripada prestasi hambar Kedah dalam saingan Liga Malaysia 2009 selain didakwa kecewa kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya pengurusan ketika mengendalikan skuad Hijau Kuning musim ini.
Mohd. Azraai memberitahu, dia akan mengendalikan skuad bawah 21 kebangsaan sedia ada iaitu juara Liga Perdana musim ini, Harimau Muda, mulai 1 November ini selepas menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jurulatih yang sinonim dengan skuad Hijau Kuning itu berkata, perasaannya bercampur baur antara sedih, hiba dan akan merindui pasukan Kedah tetapi berdasarkan perkembangan semasa termasuk mendakwa tidak mendapat sokongan sewajarnya, membuatkan dia tidak berminat untuk menyambung kontrak bersama Sang Kenari.
"Saya menerima panggilan daripada wakil FAM tengah hari ini (semalam) mengenai tawaran itu dan surat pengesahan akan dihantar kemudian.
"Dengan situasi semasa yang berlaku, saya tidak berminat untuk menyambung kontrak dengan Kedah dan telah menghantar surat memohon dilepaskan daripada jawatan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Mohd. Azraai yang mula membimbing Kedah sejak 2004 membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/2006, kemudian mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara treble berganda Liga Malaysia dua musim berikutnya.
Menurutnya, dia telah membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih dalam saingan domestik dan sekarang merupakan masa terbaik baginya untuk berbakti kepada negara dengan menghulurkan pengalaman membimbing skuad Harimau Muda.
"Sudah tiba masanya bagi saya untuk berusaha menghulurkan sumbangan pengalaman kepada skuad bola sepak negara khususnya dalam membangunkan bakat pemain-pemain muda,'' katanya.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Kenari nmpknya kena cari jurulatih baru utk bimbing pasukan hadapi Liga Super thn depan.

Reply to This

begini nasib jurulatih....ble prestasi pasukan menurut .....trus pihak pengurusan pinggirkan.....kesian......nasib,nasib...........

Reply to This

Azraai yg frust dgn pgurusan Kedah ambil keputusan drastik, letak jawatan dn trma tawaran utk membimbing Harimau Muda.

Reply to This

gud bye azraii...epl rileks je xgelabah pun kalah awal(kec chealsea)....

Reply to This

krisis dalaman yg melanda kedah fa diakhiri dngan perletakan jawatan ketua jurulatih azrai khor,..
orang dh tk nak tunggu bt apa lg,..kalu kawe di tempat Azrai pn kawe akan mmbuat tindakan yg sama....

Reply to This

sedih jugak azraai tinggalkan pasukan kedah tp apapun selamat maju jaya buat azraai khor.

Reply to This

Sabaq la kyoniko, nk buat lagu mana dh itu keputusan yg Azraai buat, kita kena terima la. Pengurusan Kedah kna cari jurulatih br yg bkemampuan utk kmblikn smgt Sang Kenari. Yg penting, jgn ada cmpr tgn politik dlm bolasepak ni. Kalu blh, Kedah cari jurulatih yg sbaik jurulatih KM Naza(dr luar negeri, lupa nama dia). Tgk mcmana dia handle KM Naza.

Reply to This

Sedih wat kali kedua. (Pertama: Kedah gagal ke suku akhir PM, kedua, Azraai pulak tinggalkan Kedah). Apa2 pun selamat maju jaya wat azraai dengan tugas barunya. Semoga terus berjaya. Buat KFA kena lakukan sesuatu bagi mengatasi masalah agar tahun depan dapat kembalikan kegemilangan Kedah.
....still loving you..

Reply to This

yo nagju tuh....dh yo nk pnje pmain,oprg ats x bg......
ngaju la dio nyo....

Reply to This

pgurusan yg teruk mmbuatkan azrai mninggalkn kedah..... dan pengurusan yg teruk jgklah mmbuatkan team kedah x bermaya akhir2 ni..... DATUK SERI AZIZAN slaku presiden perlu melakukan sesuatu bg memastikan SANG KENARI tidak trpinggir selepas ni.....

Reply to This

Yang patah pasti kan tumbuh
Yang hilang pasti kan berganti (Tp x tau laie sama ada pengganti tu lagi bagus / lagi teruk)
Apa2 pn, eden tmpang sedih dgn peminat setia skuad Sang Kenari

Reply to This

masalah ni berpunca dari orang2 KFA sndiri,.terlalu bnyak masalah yg wujud dlm bola sepak kedah mmbuatkan azrai meninggalkan kedah...Masalah yg paling serius penyelewengan wang yg dilakukan orang2 KFA sndiri....harap mereka dikenakan tndakan dngn segera sblum mmjadi parah,..

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!