DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

bob

Berkali-kali AKU dah cakap PEMAIN SENDIRI yang TENTUKAN hidup matinya BOLA SEPAK malaysia.

Siapapun juga akan ambil bahagian dalam cerita bola sepak malaysia kerana ia merupakan sukan no satu di malaysia. Suka tak suka kita mesti nak dengar dan nak tahu apa saja perkembanggan bola sepak dan keputusan perlawanan yang membabitkan malaysia. Secara tak langsung lahirlah pula pengkritik-pengritik bebas tumbuh bagaikan cendawan termaksuklah AKU dan kekawan yang lain.

Bagi mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam sukan bola sepak malaysia masing-masing ada tanggung jawab yang diamatkan. Boleh juga diibaratkan sebagai punca rezeki bagi setiap individu yang terbabit. Terpulang pada individu yang dipertaggungjawabkan. Kalau kerja yang dilakukan dan dilaksanakan dengan tekun dan bersungguh-sungguh serta jujur dan ikhlas maka nescaya ia akan membuahkan hasil kelak. Tapi kalau kerja di lakukan secara sambil lewa dan tidak ihklas disamping mengharapkan imbuhan dan kepentinggan individu semata-mata maka ianya akan kekal seperti yang kita hadapi masa kini.

Fam satu badan induk yang diamanatkan menghidupkan dan mengembalikan kegemilanggan bola sepak malaysia haruslah bijak dan peka dalam mengendalikan dan menyelesaikan isu bola sepak malaysia yang amat kritikal ketika ini. Mereka perlu ingat dan faham tanggung jawab mereka. Betapa besarnya pendapatan atau imbuhan yang dipelolehi oleh seseorang individu itu maka besarlah lagi amanat yang dipertanggung jawabkan kepada mereka. Justeru sekiranaya gagal membawa perubahan bola sepak dimalaysia bererti gagallah tanggungjawab mereka sekalu badan induk yang dipertanggung jawabkan.

Seperti isu yang sama berulang, pemain lambat diberi gaji dan pemain sudah lima bulan tidak terima gaji. Siapapun (pemain) akan marah kalau majikan lewat bayar gaji. Malahan sekiranya orang atasan fam sendiri yang mengalaminya apa perasaaan anda? Siapa yang patut dipersalahkan dalam soal lewat bayar gaji! Adakah fam? Atau persatuan negeri? Apakah tiada perancanggan awal dan penyelesaian yang dilakukan antara fam dengan persatuan negeri sebeum bermulanya liga tempatan? Dah tahu tiada penaja tiada dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan mengapa diteruskan? Bukankan lebih baik persatuan berdiam diri seketika sambil mengumpul dana dan kembali menyertai setelah benar-benar bersedia. Kalau dah tak mampu buat cara tak mampu jangan menyusahkan diri sendiri dan secara tak langgsung mencacatkan kerancakan liga yang berlangsung.

Walau apa pun sekali hanya segelintir saja persatuan negeri yang bermasaalah sedemikian. Jadi apa pula masalah dengan persatuan negeri yang teryata mampu mengajikan pemain-pemain dengan imbuhan yang ribuan ringgit lumayannya? Malahan mampu mengajikan pemain import sekiranya fam tidak mengharamkan pemain import? Adakah peningkatan yang ditunjukkan?

Isu terbaru pula pasukan kedah dibelasah oleh kelab vietnam 8 gol berbalas 2. Siapa pula harus dipersalahkan kali ini? Persatuan negeri? ataupun fam yang mengharamkan pemain import? atau pemain sendiri? Kalau aku lah jadi pemain bola sepak ketika ini aku salahkan diri sendiri. Aku tak salahkan 100% tiadanya pemain import kalau adapun bagus tiada pun bagus. Aku hanya fikirkan mata pencarian aku hanyalah bermain bola sepak! Aku perlu wang untuk hidup. Disebab bola sepak adalah satu mata pencarian, aku akan usaha dengan bersungguh-sungguh mempertingkat mutu permainan dan kemahiran individu aku dan seterusnya manjadikan aku seorang bintang bola sepak. Adakah pemain mempunyai citara rasa dan cita-cita seperti aku? Bukan hanya sekadar nama saja pemain bola sepak negeri mahupun kebangsaan tapi pemainan tetap sama tiada perubahan.

Yang jelas dan nyata pemain masa kini tiada inisiatif untuk memajukan diri sendiri. Masih lagi menpunyai attitude "cukup-cukup makan sudah" esok cari lain!

Tags: no ball

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

soal masalah pembayaran gaji xkanlah nak salahkan fam kot. sepatutnya fa negeri kena ukur kemampuan diri sebelum memancing pemain. kalu x mampu jgn janjikan pemain dengan gaji yang mahal. offer sekadar yg patut. lebih baik didik pemain muda utk jangka masa panjang. pemberian bonus kemenangan adalah inisiatif terbaik untuk pemain dan kedua2 pihak akan mendapat faedah.
attitud pemain sekarang plak tak mcm dulu. pemain dulu banyak buat latihan tambahan untuk tingkatkan prestasi. datang awal dan balik lewat dr latihan adalh kebiasaan mereka. x tahulah cam mana pemain sekarang pergi balik latihan... kalu adayang buat mcm pemain dahulu tu tntu dia boleh berjaya.

Reply to This

btul kata Azila.
Pemain yg tentukan jatuh bangunnya sesebuah pasukan. kawe tertarik dengan teknik dan persembahan pasukan yg menampilkan pemain muda mewakili pasukan seperti Perak, Terengganu dan Pahang.Walaupun rata2 pemain muda , namun mereka dapat bermain dengan baik dan menonjolkan mutu permainan setanding dengan pasukan negeri lain.
X mengejutkan pemain2 ini akan menjadi Pemain yg hebat selepas ini kerana telah diberi ruang untuk beraksi bersama pemain yg berpengalaman...

Reply to This

Budak2 yang benar2 nak jadi football player dari peringkat rendah lagi harus didedah dengan corak permainan masakini....
Lasak dan agasif (bukan bermaksud main kasar perlu guna akal fikiran) Aspek tahap KECERGASAN FIZIKAL harus diutamakan.
Kalau dikaji sedalam rasanya inilah punca sebenar kelemahan bola sepak malaysia.

Reply to This

betul 2.... FAM kena latih dari Sek . Rendah lg.. Ms tingktn 1 pnh gak aku msuk tunas harapan bola sepak .latihan tiap2 petang...mmg aku seronok la.pas2 wat perlawanan persahabatan ngn sek2 lain... tp pas2 dah pindah sek kat terengganu... mmg jem la... xde latihan bola sepak... terkubur minat aku dlm bola sepak. ms form 3 baru la ad pemilihan .. 2 pun untuk piala nike dan untuk wakili sek..... hampehhh...
aku cite ni sbb nk bg pengajaran .. kalu da pelajar 2 minat bola sepak.. cekgu2 kena la bimbing dan asuh sampai tahap kronik... ni x. sebulan nk game br nk latih bebudak.... watpe.....

Reply to This

Yang merosakan perancangan adalah daya pemikiran kita sendiri "orang kita" khususnya orang MELAYU. Tidak berpendirian tetap (sekejap nak itu sekejap nak ini), tidak yakin, takut mencuba, malas belajar, tidak confident dan yang lebih terserlah kewibawaan kita ORANG MELAYU hanyalah berprinsip cucup-cukup makan saja. Yang jelasnya kita mudah berbangga dengan apa yang kita ada padahal yang kita ada tak lah seberapa pun. Kalau dah ada tersemat dalam hati penyakit macam tu baik lupakan saja nak jadi star player bahkan apu jua cita-cita yang dihajati tak akan tercapai.

Reply to This

Reply to This

RSS

About

KhAi KhAi created this Ning Network.

Badge

Loading…

Blog Posts

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 28,29 Nov & 2 Dec 2009

Posted by KhAi on November 25, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 21,22 & 25 Nov 2009

Posted by KhAi on November 18, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 7,8 & 9 Nov 2009

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 7:30pm

KhAi

Kelantan Isytihar Cuti Ahad Ini Sempena Final Piala Malaysia

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 10:25am

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • NIZE86
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • Adl Zqn_Eja
  • mkmz hijau kuning
  • gLaTiCoS
  • N9_JOE
  • cHeLseA4eVa
  • Marod
  • secret_kenari
  • leenee
  • DANIEL AKMAN
  • tok we
  • SHARIL BAHARIM
  • DaNe

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!