DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Adry©

FAM MAHU KAJI SEMULA FORMAT PERTANDINGAN LIGA MALAYSIA.

Kaji semula format pertandingan


KAJI semula format pertandingan Liga Malaysia. Demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah semalam.

Baginda menggesa Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang diketuai Naib Presiden, Datuk Che Mat Jusoh agar meneliti format pertandingan sedia ada dan jika perlu, mengubahnya agar format baru pertandingan mampu menarik minat dan mendapat sambutan peminat bola sepak tempatan.

"Jika perlu bilangan pasukan yang menyertai pertandingan itu dihadkan kepada pasukan yang hanya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh," titah baginda pada Kongres FAM ke-46 semalam.
Teks ucapan baginda dibacakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.

Baginda juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab terutamanya berhubung dengan masalah kewangan.

Ketika mengulas lanjut pada sidang media selepas itu, Redzuan berkata, JKPT diberi tempoh selama tiga bulan bagi melaksanakan tugas berkenaan.

"Jawatankuasa itu ditugaskan untuk mengkaji sama ada format pertandingan yang sedia ada membebankan terutama dari segi kewangan dan mengesyorkan cadangan baru kepada jawatankuasa eksekutif FAM," katanya.

Redzuan berkata, jika perubahan drastik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan maka ia perlu dilakukan.

"Kita lihat Myanmar yang baru sahaja melaksanakan liga profesional mereka, dengan sejumlah pasukan yang kecil dan setiap pasukan itu disokong firma-firma yang besar.

"Seluruh pemain bola sepak di negara itu berlumba-lumba untuk bermain dalam liga tersebut. Situasi seumpama itulah yang perlu kita wujudkan dalam liga di negara ini," katanya.

-Kosmo! (22 Jun, 2009)

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

FAM nk kaji smla format ptndgn liga bolasepak Malaysia? Kali ini mereka nk tiru liga Myanmar. Haha..knpa msti nk mniru?? FAM tak ada idea sndiri ke??? Buat la ssuatu utk mmajukn bolasepak kita. Bolasepak kita jd bgini sbb org2 dlm FAM sbk nk tiru org. Sblm ni mereka dh tiru EPL dgn bnrkn byk pskn dlm liga dn mbnrkn pmain import.

Reply to This

hahahaha. xleh thn gelak aku dgr....
bakpo x sir tiru liga mat Saleh??? apa barang niru2 nie..
tiru lg . pas2 ambik pemain import ..bg taraf warganegara. pas2 bg pemain import
wakili Malaysia.. sek2 negro ni bg pitis nk lalu.huhuhu...pemain Malaysia tgk sajo...
mene sorak jah la....

Reply to This

p/s: tahun ni aku nk masuk tanding Setiausha kehormat FAM nk ganti ore dalam gmbr (DEpan sekali)

Reply to This

Dmo pn nk btnding jwtn tu jg ko? Kalu lgu tu, dmo kno lawe dgn insua dulu la. Dio pn bmnt jg nk jwtn hok kawe tu(mamat yg plg depe skli) pege lo ni.

Reply to This

kawe pn ado mnat jgk nk ambi alih,..undi lah kawe ye....

Reply to This

sejak dahulu lg jawatan SU FAM disandang kaum adam. apa kata bagi kat pompuan plak. Slalunya SU2 keja kaum zila. klu zila yg bertanding agak2 bole ke? minta sokongan nih.

Reply to This

yoko ko insua nk jawatn jgk???????. ari 2 dio oyak nk ambik alih jawtn tmbln presiden.minta insua beri penjelasan...
acu dan zila nk tnding jwtn 2 jgk ko???? ai rmai pesaing nih.hehehehehe

Reply to This

Aikk! Smua mnt nk rebut jwtn tu. Stkt ni dh ada 4 calon, tmsuk sorg calon pompuan. Sblm ni insua mmg nk jwtn timb. presiden tu tp x jd dh sbb dia beri ruang utk kwe tnding jwtn tu. Insua lbh mnt utk jd s/u. Shgga kini jwtn s/u mrupakn ptndgn 5 pnjuru tmsuk yg sdia ada..

Reply to This

rasa zila, jwtn su dilantik bkn dipertandingkan. so kena get close ngan presiden. bab ni org pompuan ada advantage sikit.

Reply to This

Biasanya jwtn tu tdk dptndingkn tp kali ini, kita buat format br sbb ramai yg tawrkn diri utk pgg jwtn s/u tu. Klu dlntik mcm sblm2 ni, dh psti jwtn dpt kat zila. Nti mrajuk la insua, nize dn acu tu..

Reply to This

bgs cadangan 2. baik adkan pertandingan sape yg nk jd hakim. nize kempen.huhuhu. (lelaki paling layak) hehehehe

Reply to This

setakat le ni yg jd su tu lelaki semuanya ttp hasilnya... hampeh manjang. Apa salahnya bg lak kat kaum hawa plak. secara tradisi kaum hawa lbh expert dlm bidang SU nih. (kempen nih)

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!