DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Aksi penyerang Kedah, Mohd. Afif Amiruddin (tengah).Kedah tersingkir walaupun menang besar 4-0

JUARA bertahan dua musim berturut-turut, Kedah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.
Mereka gagal menempah tempat ke suku akhir bagi saingan musim 2009 biarpun membelasah Pulau Pinang 4-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam tadi.

Kemenangan itu sekadar menyaksikan Kedah mengumpul 10 mata untuk muncul naib juara Kumpulan E di belakang Kelantan yang mengumpul 15 mata selepas membelasah ATM 5-0 di Kota Bharu.

Namun, Kedah gagal menjadi tiga pasukan tempat kedua terbaik di kalangan lima kumpu- lan apabila slot itu berjaya diisi naib juara Kumpulan A, Perlis (13 mata), naib juara Kumpulan B, Terengganu (12 mata) dan naib juara Kumpulan D, Kuala Muda Naza (12 mata).

Satu lagi pasukan, Perak biarpun muncul naib juara Kumpulan C turut terkeluar selepas menamatkan saingan dengan mengumpul 11 mata.

Perak mensia-siakan kelebihan beraksi di gelang- gang sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium Perak, Ipoh sekali gus membolehkan Johor FC muncul juara Kumpulan C.


PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri) melakukan percubaan sambil dihalang penjaga gol ATM pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. Kelantan menang 5-0.

UPB-MyTeam pula mencatat kemenangan sulung dengan menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas perlawanan malam tadi, lapan pasu- kan yang layak ke suku akhir ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza.

Bagi Kumpulan A, KL Plus muncul juara biarpun mereka tewas 0-1 kepada Perlis pada aksi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Satu lagi perlawanan kumpulan tersebut menyaksikan Pahang membelasah Melaka 6-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Negeri Sembilan pula sah sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tatkala Johor membelasah Sarawak 5-0 di Johor Bahru.

Selangor pula yang sudah sah sebagai juara Kumpulan D tewas 2-3 kepada KM Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala PDRM terikat 2-2 dengan Sabah di Selayang.

Perlawanan suku akhir bakal berlangsung secara timbal balik pada 20 dan 24 Oktober ini.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Adry© said:
Demo jange pelik la acu. Dia kata setia pada yang satu bukan pada Kedah tapi setia pada kawe.. Demo jgn tak tau pulak..he3..


yak....demo ni nk potong line nize ni

Reply to This

striker said:
azila said:
Wpun KM Naza dari Kedah tp Kedah tetap dihatiku. Tiada yang dapat menggantikannya. so, sekadar jd penonton perlawanan sajalah...Setia pada yang satu

lau nak hilangkan frust..azila leh support KM Naza plak..sbb ia dari kedah jugak..
lau sebut KM Naza..semua fans tahu ia dari Kedah..lagipun Akmal Rizal ade situ..
KM Naza sememangnya pasukan hebat sbb dibarisi ramai pemain2 star senior...
Final Msia Cup 2004,MPPJ FC ke final bertemu Sabah dulu,pun yg hadir semua penyokong2 Red Giants memenuhi stadium Bkt Jalil..dengan sokongan yg menakjubkan itulah MPPJ FC menjadi pasukan kelab pertama mencipta sejarah merangkul piala malaysia...


yalah Zila,..masa MPPJ di final fan selangor yg hadir beri sokongan...masa kelab kelantan iaitu JKR kelantan lau tk silap,.main di suku akhir piala FA,lau tk silap jgk,thun berapa tk ingat...kami fan kelate yg beri sokongan,.tk mngharapkan orng lain....oleh itu,contohi lah kami...huhu

Reply to This

Peminat2 Kedah sepatutnya menerapkn konsep 1Kedah. Bg sokongan padu pd KM Naza krn pasukan tersebut bpaksi di negeri Kedah. Contohilah pyokong2 negeri lain yg mberi sokongan kpd team kelab yg berasal dr negeri masing2.

Reply to This

Acu said:
yak....demo ni nk potong line nize ni


hahahaha.. bwi ko adry la...

Reply to This

kedah dah penat julang piala 2 tahun berturut-turut.. bagi peluang kat tem laen plak terutama fan kelatan yang sanggap nk dapat piala....

Reply to This

Tak kan la baru pegang piala 2 tahun dh penat.... Selangor pegang bpuluh thn tu tak penat pn. Berilah alasan yg logik sikit. Terima la hakikat Kedah tersingkir awal tahun ni dgn tiada apa yg dibawa pulang Kedah.

Reply to This

ntah dia ni,..jgn la itu dijadikan alasan,.terim la hakikat yg sebenarnya,....

Reply to This

ini bleh mendatang marah......

Reply to This

firdaus huzairi said:
kedah dah penat julang piala 2 tahun berturut-turut.. bagi peluang kat tem laen plak terutama fan kelatan yang sanggap nk dapat piala....
Sangap x sangap brO!!!!
Kot ye pn jgn la nk egO sgt mcm nie. Itu baru pegang 2tahun, kalau 5 - 10 tahun msti kO dh lupa diri..
Mgkin sbb Dia xnak lebih ramai lagi Org kedah takbur mcm kO, Dia tarik balik nikmat kejuaraan yang dipinjamkan sementara pada kOrang.. Sesungguhnya Dia maha adil.. Wllahu'alm

Reply to This

aku sokong,kdh penat dh...2taun plak 2...bg org laen plak,org yg xprnh dpt piala....hahaha..kesian....

Reply to This

betoi2 dah penat dah, 6 pela lak 2.... x larat dah nk tangkap gambaq ngan pela.. naek cemuih

Reply to This

zul_putra said:
firdaus huzairi said:
kedah dah penat julang piala 2 tahun berturut-turut.. bagi peluang kat tem laen plak terutama fan kelatan yang sanggap nk dapat piala....
Sangap x sangap brO!!!!
Kot ye pn jgn la nk egO sgt mcm nie. Itu baru pegang 2tahun, kalau 5 - 10 tahun msti kO dh lupa diri..
Mgkin sbb Dia xnak lebih ramai lagi Org kedah takbur mcm kO, Dia tarik balik nikmat kejuaraan yang dipinjamkan sementara pada kOrang.. Sesungguhnya Dia maha adil.. Wllahu'alm


biaq p lah luncai terjun ngn padi2 nya...
kawe setuju zul,..kawe rsa lau kedah dpt pgang piala 5 atau 10 thun,mungkin sesetengah fan kedah jalan tngok ke langit,.konon nya tngok kenari terbang tinggi la...huhu
Sesungguh nya,.apa yg kita nikmati di dunia ini milik Allah,bersyukurlah apa yg dah kita kecapi selama ini...jgn bersikap takbur.

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • ir
  • misz tikah

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!