DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Aksi penyerang Kedah, Mohd. Afif Amiruddin (tengah).Kedah tersingkir walaupun menang besar 4-0

JUARA bertahan dua musim berturut-turut, Kedah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.
Mereka gagal menempah tempat ke suku akhir bagi saingan musim 2009 biarpun membelasah Pulau Pinang 4-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam tadi.

Kemenangan itu sekadar menyaksikan Kedah mengumpul 10 mata untuk muncul naib juara Kumpulan E di belakang Kelantan yang mengumpul 15 mata selepas membelasah ATM 5-0 di Kota Bharu.

Namun, Kedah gagal menjadi tiga pasukan tempat kedua terbaik di kalangan lima kumpu- lan apabila slot itu berjaya diisi naib juara Kumpulan A, Perlis (13 mata), naib juara Kumpulan B, Terengganu (12 mata) dan naib juara Kumpulan D, Kuala Muda Naza (12 mata).

Satu lagi pasukan, Perak biarpun muncul naib juara Kumpulan C turut terkeluar selepas menamatkan saingan dengan mengumpul 11 mata.

Perak mensia-siakan kelebihan beraksi di gelang- gang sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium Perak, Ipoh sekali gus membolehkan Johor FC muncul juara Kumpulan C.


PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri) melakukan percubaan sambil dihalang penjaga gol ATM pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. Kelantan menang 5-0.

UPB-MyTeam pula mencatat kemenangan sulung dengan menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas perlawanan malam tadi, lapan pasu- kan yang layak ke suku akhir ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza.

Bagi Kumpulan A, KL Plus muncul juara biarpun mereka tewas 0-1 kepada Perlis pada aksi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Satu lagi perlawanan kumpulan tersebut menyaksikan Pahang membelasah Melaka 6-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Negeri Sembilan pula sah sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tatkala Johor membelasah Sarawak 5-0 di Johor Bahru.

Selangor pula yang sudah sah sebagai juara Kumpulan D tewas 2-3 kepada KM Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala PDRM terikat 2-2 dengan Sabah di Selayang.

Perlawanan suku akhir bakal berlangsung secara timbal balik pada 20 dan 24 Oktober ini.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Betul spt yg kwe jangka, Kedah tsingkir dr saingan suku akhir Piala Malaysia. Bmula dgn agk goyah dn bgkit slps tu, segalanya sdh tlmbat buat skuad Sang Kenari. Juara treble skdr dpt trouble tahun ni. Kkurangan di bhgn serangan Kedah sgt ketara.

Reply to This

dah nasib kedah la tahun ni........

Reply to This

kesian,..kire adil la 2,tahun lepas dh dapat trouble,.tahun ni bg orang lain la plak....hehe

Reply to This

Mulai hr ni, Kedah dh blh susun smla skuad utk hdpi TM Liga Super thn depan. Dgr khbrnya baru ada 5 pasukan yg dftr utk Liga Malaysia thn dpn. Kelantan pn blm dftr lagi. Mlm ni expired date dh.

Reply to This

salam...ermm kedah dh tersingkir lar...erm mgkin dh tak de rezeki dorg...xpe la..musim len ad lg..so,hrp next musim dorg ley bgkit lik..kpd pyokong kedah truskn la myokong pasukan kedah..mgkin dgn sokongan kita kedah mmpu bangkit utk musim dpn...aminn...

Reply to This

mungkin ado hikmah dsebalik menimpa psukan kedah...pe2 pon,
thun dpn ade lgi...kjyaan tidak akan kekal lama

Reply to This

cam roda gak kejap di atas kejap di bawah. sedih ni blum abis lagi --huhu. tp takpe taun depan cuba lg.

Reply to This

takpa la jgn bsedih sangat cuba lagi next year.....

Reply to This

sedihnya kedah gagal ke suku akhir... tapi nak wat camna dah xdak rezeki kedah tahun ni. harap2 kedah akan bangkit pada tahun depan. tahun depan kedah akan rampas balik ke tiga2 piala tu. amin...

Reply to This

rilek r,tahun depan de lg lau pnjang umur,..jgn putus asa,.teruskan menyokong pasukan anda 2...

Reply to This

Kedah masih ada wakil ke suku akhir. KM Naza tu kn pasukan dr Kedah. Awat hangpa semua tak mau sokong KM Naza??

Reply to This

ye lah,..KM naza 2 kira kedah jgk r...skong la KM naza lak..,jgn anak tirikan mereka,..mereka perlukan sokongan jgk.

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • NIZE86
  • ir
  • misz tikah
  • gLaTiCoS
  • Mohamad Hazrani Bin Harun
  • cHeLseA4eVa
  • ct_perwira
  • Armyrule
  • are_dek emy
  • NUR IZZAH

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!