DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Persatuan Bola Sepak Perlis(PFA) bakal menerima padah...

TUNGGU sajalah Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sama ada akan menerima nasib sama seperti Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atau terlepas daripada sebarang hukuman berikutan tindakan fanatik penyokong tuan rumah ketika separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kangar, malam kelmarin.

Ini kerana Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Kamaruddin Abdullah akan bersidang selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini, untuk menentukan nasib PFA.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut mengesahkan pihaknya mengetahui perkara itu dan kini menunggu laporan daripada pegawai perlawanan sebelum membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat nanti.

“Kita masih menunggu laporan daripada pegawai pertandingan berkenaan perkara itu,” katanya, semalam.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menghantar laporan kepada FAM selepas insiden membabitkan penyokong Perlis sehingga beberapa kenderaan milik penyokong mereka mengalami kerosakan.
Insiden itu dikaitkan dengan kekecewaan penyokong Singa Utara selepas skuad mereka gagal melangkah ke final ekoran kekalahan 1-5 secara agregat ke atas Kelantan.

Dalam insiden itu juga, lebih 10 buah bas serta puluhan kenderaan lain milik penyokong Kelantan rosak gara-gara tindakan liar didakwa dilakukan penyokong Perlis.

Mereka mendakwa, bas dan kenderaan lain dibaling pelbagai objek seperti batu besar, lastik, telur busuk dan kayu sehingga cermin retak dan pecah ketika perlawanan hampir tamat.

PETIKAN DARI HARIAN METRO 2NOV 2009...

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

nate cik mat jusus...letok jwtan lah.

Reply to This

rilek cu...rilek,kwe tkut nyupoh2 gak tubik abihla hok ngarut kwe gak...

Reply to This

gere lajok nah ko cik mat jusus ni.....

Reply to This

hmm...napok gayonyo keh perlih ari tu wk snyp g2 jah...smuo pakat fokus ko final...
xpo2,tgkla pah final gano kptsan FAM...

Reply to This

lepah ni snyap terus la...ralik duk bile duit kutipan tiket.

Reply to This

cito baRU la pulak, keganasan trhadap bukit jalil wakakak

Reply to This

kepada erizzuan...
klau nk komen discuss ni bt cara nk komen...
gano tibo2 wk tubik keh ni?

kwe napok demo agah nga riok bena nah....

Reply to This

Kito nanti tgk lagu mano? Tp kawe dok braso, FAM wat senyap jah... tp kalu alah ko klate, laporan sukan di TV3 pade nge laporan penyokong klatge jah sampai abis.
Tp gapo2 kito pakat tggu.
kawe malah nak hukum pyokong perlis tp kawe nak tgk FAM wat kijo..

Reply to This

hmmm....dok braso...paka senyap bgitu doh kganasan di perlis tu...x polah FAM x sir hukum gak...puak kita lah hukum dia...

Reply to This

meme wk snyp g2 doh kali...xpo2 FAM
kwe tkut dgn ksnypan FAM ni akn mncetuskan lgi kgnsan pok kito...pkir2la FAM

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!