DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

isz

"Lautan Merah" Membadai Stadium Bukit Jalil Sabtu Ini...

Stadium Nasional Bukit Jalil akan dimerahkan dengan warna merah lebih 60,000 para penyokong Kelantan ketika skuad Kijang beraksi dalam usaha membawa pulang Piala Malaysia Sabtu ini.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa, selaku tuan rumah dalam perlawanan itu, beliau mahu stadium itu bertukar sebagai 'Stadium Nasional Darulnaim'.

Menurut beliau, Kelantan akan mempunyai kelebihan dalam perlawanan itu nanti kerana ia adalah gelanggang kedua mereka ketika Kelantan tidak dibenarkan menjadi tuan rumah ekoran insiden rusuhan di luar stadium pada 7 April lalu.

Insiden yang menjadi sebahagian daripada titik hitam itu berlaku ketika kelantan menentang Negeri Sembilan semasa separuh akhir pertama Piala FA.

"Bukan sahaja bermain lima perlawanan di sana malah perlawanan akhir Piala FA juga kita beraksi di gelanggang itu.

"Malah dalam perlawanan akhir nanti, kita sebagai tuan rumah dan akan menggunakan jersi utama kita oleh itu saya melihat ini adalah satu kelebihan kepada kita," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Anuar berkata, dengan sokongan lebih 60,000 penyokong, ia pasti mampu membakar semangat pemain untuk menunjukkan yang terbaik dan mencipta sejarah buat bola sepak Kelantan.

Justeru tegasnya, pemain perlulah melengkapkan diri mereka dan fokus terhadap perlawanan itu nanti sama ada dari segi fizikal atau pun mental.

"Ini adalah peluang yang jarang sekali ada untuk pasukan Kelantan malah kali terakhir kita ke perlawanan akhir adalah pada tahun 1970," ujarnya.

Tambahnya, semangat dan keazaman untuk memburu kemenangan dalam diri pemain sepatutnya sama dengan aksi mereka di Kota Bharu kerana Stadium Nasional telah menjadi 'rumah kedua mereka'.

"Biarlah kita bermain dengan penuh rasa bangga. Bangga dengan pasukan kita, bangga terhadap negeri kita dan berusaha mencatat sejarah," tambah Anuar.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Nmpaknya klbihan pnykong mnjdi milik Pahlawan Merah...
Alhamdulillah...dgn smngt pnykong kijang yg rmai akn mngktkan lgi smngt pmain2..
insyaALLAH...kami mhukan kngan manis sbtu ni...^_^

Reply to This

selamat berjuang the red warriors.jgn tunggu 40 tahun untuk dpt pm ni

isz said:
Nmpaknya klbihan pnykong mnjdi milik Pahlawan Merah...
Alhamdulillah...dgn smngt pnykong kijang yg rmai akn mngktkan lgi smngt pmain2..
insyaALLAH...kami mhukan kngan manis sbtu ni...^_^

Reply to This

Lau de rezeki,kita akn julang piala malaysia sabtu ni,.....
Tak sanggup lg nk tnggu...

Reply to This

semoga kemenangan di tangan kite... pakat la amai2 doa kemenangan sebeloh kitew... Amin... InsyaALLAH piala Malaysia milik kitew...insyaALLAH... red warriors owez da besh...

Reply to This

Lautan merah' banjiri Bukit Jalil

Oleh Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my
'
LAUTAN merah' bakal membanjiri Stadium Nasional, Sabtu ini, apabila lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir buat menyokong pasukan itu dalam misi menamatkan penantian bergelar juara Piala Malaysia.

Angka itu, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, dijangka bertambah jika mengambil kira kehadiran penyokong The Red Warriors di Lembah Klang.

"Kafa meminta tambahan 15,000 tiket daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) selepas 40,000 tiket yang diperuntukkan, sudah habis dijual dalam tempoh dua hari.

"Berdasarkan jualan setakat ini, dan tambahan baru itu, kira-kira 56,000 tiket sudah dalam tangan penyokong Kelantan, belum termasuk mereka yang membelinya secara terus di Stadium Nasional nanti.

"Saya harap penyokong hadir memberi sokongan dengan semangat kesukanan tinggi. Jangan jadikan jumlah besar ini mengganggu perlawanan yang dijangka sengit.

"Kita perlu tunjukkan semangat tinggi supaya tidak cacatkan malam bersejarah rakyat Kelantan," katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain remaja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970 - kali terakhir negeri itu mara ke aksi kemuncak.
Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan tiket untuk 1,000 penyokong yang mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

"Saya juga nasihatkan pengusaha-pengusaha bas supaya tidak mengenakan caj keterlaluan untuk penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu keceriaan penyokong terjejas," katanya.

Reply to This

Jualan tiket di NS terus lembap

SEREMBAN - Penjualan tiket saingan akhir Piala Malaysia 2009 di negeri ini terus didapati perlahan dan kurang mendapat sambutan daripada penyokong skuad Hoben Jang Hoben walaupun sudah masuk hari kedua penjualannya di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia ke dua lokasi yang dibuka bagi penjualan 20,000 keping tiket perebutan piala keramat itu semalam iaitu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) kelihatan lengang.
Senario ini jelas berbeza jika ingin dibandingkan dengan penyokong fanatik skuad Kijang yang menyapu bersih penjualan 30,000 keping tiket dalam tempoh empat jam sejak ia mula dijual di Stadium Mohamed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan kelmarin.
Naib Presiden PBNS, Datuk Ismail Lasim ketika dihubungi berkata, senario itu mungkin disebabkan penjualan tiket hanya bertumpu di Seremban dan tidak dijual di daerah lain di negeri ini.
"Ini juga mungkin disebabkan para peminat Negeri Sembilan di daerah lain yang berada jauh daripada Seremban seperti Kuala Pilah dan Jempol hanya menghantar wakil untuk membeli tiket-tiket itu.
"Mereka hanya menghantar seorang wakil sahaja. Ada yang beli sampai empat puluh tiket seorang. Faktor jauh menyebabkan peminat-peminat ini tidak berpusu-pusu di kaunter jualan ," katanya di sini.
Bagaimanapun, jelas beliau, diyakini penyokong Negeri Sembilan akan mula bertumpu di dua lokasi tersebut untuk merebut tiket menyaksikan perlawanan akhir itu menjelang esok.
''Saya yakin dan percaya bahawa penjualan tiket akan meningkat menjelang Jumaat dan peminat akan mula bertumpu di kaunter-kaunter jualan," ujarnya.
Ketika ditanya jumlah tiket yang sudah berjaya dijual masuk hari kedua penjualannya, Ismail memberitahu, lebih kurang 10,000 tiket telah berjaya dijual sehingga pukul 5 petang semalam

Reply to This

apa kes n9 ni.kelate lg byk nampaknya.mcm final taun lps kdh byk lg dr selangor

acu said:

tiket di kota bharu habis dijual tak sampai 3 hari....nmpaknya lautan merah di bukit jalil akn jd kenyataan...alhamdulillah.

Reply to This

hah...jadi doh lah...kawe tgk paper arini seramai 1500 rakyat hok gi KL ngn keto api....kalu hok gi ngn keto api sajo 1500 dh gak...huh....laut meroh sungguh la...hehe

Reply to This

Saudara-saudara ku sekalian yang menyokong pasukan kita RED WARRIORS...Marilah kita jayakan 1 Penyokong 1 Bendera Kelantan. Biar kita pastikan Stadium Bukit Jalil betul betul menjadi LAUTAN MERAH!!!! Ayuh semua, kita realisasikan impian ini. GOMO KLATE GOMO 3x!!!!

Reply to This

bersemangat sek dio nih. takpe, tunjukkan sokongan demo semua dgn penuh smgt kesukanan yang tinggi.

Reply to This

sedih nyoooo x leh gi tgk final..... papaer exam 7hb hbis pkul 5 ptang...huh tension!!!! ejah tunda sari final x leh ko???huhu..

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com

>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Members

  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • ir
  • misz tikah

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!