DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Adry©

LIVERPOOL AKAN TUKAR PENAJA, TIADA LAGI JENAMA MINUMAN KERAS DI JERSI THE REDS.

Penaja Baru Liverpool


LONDON - Liverpool mengumumkan perjanjian penajaan jersi lumayan mereka kelmarin selepas menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Bank Standard Chartered.

Jenama bank dari Britain itu akan terpampang pada jersi The Reds bermula Julai 2010 menggantikan lambang minuman keras Denmark, Carlsberg yang menjadi penaja kepada juara Liga Perdana 18 kali itu sejak 1991.

Maklumat lanjut mengenai perjanjian itu tidak didedahkan, namun ia dipercayai bernilai sekitar £80 juta (RM465 juta).

"Peluang penajaan ini telah menarik banyak minat daripada pelbagai jenama lain yang diiktiraf di seluruh dunia," kata pengarah urusan Liverpool, Christian Purs- low.

"Dengan Standard Chartered, kami percaya kami memiliki rakan kongsi yang sesuai untuk memajukan dan membangunkan impian besar kami di kelab ini.

"Ia adalah satu petanda besar terhadap perkembangan yang kami lakukan di Liverpool iaitu dengan kejayaan kami mendapat satu perjanjian terbesar dalam sejarah pengiklanan kami."

Suntikan dana ini akan memberi peluang besar kepada pemilik bersama dari Amerika Syarikat, Tom Hicks and George Gillett Jr yang membeli Liverpool pada 2007, namun gagal menggunakan reputasi terkenal mereka bagi memperoleh keuntungan menerusi perjanjian penajaan.

Liverpool adalah kelab paling berjaya dalam bola sepak Britain dengan memenangi 18 kejuaraan liga dan lima trofi Eropah. - AP

-Petikan KOSMO! (15 Sep 09)

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Setelah sekian lama di taja oleh minuman keras, The Reds akhirnya mdapat tajaan baru. Lepas ni saya yakin ramai fan The Reds akn bangga dgn jersi diorg. Berita baik utk smua fan The Reds yg beragama Islam.

Reply to This

Acu, zul_putra dn nize dh x leh buat isu psl penaja Liverpool ni..hehe..

Reply to This

pas 2 buang pemain Israil yg dilaknatullah tu...........

Reply to This

ni mungkin sbb kawe n zul bangkit kan isu ni,sbb 2 liverpool cari penaja baru...

Reply to This

Kawe pn suka kalau Liverpool tukar penaja sbb kawe tgk ramai org Islam yg pakai jersi Liverpool yg tpampang jenama minuman keras. Design jersi Liverpool ni agk menarik pd pandangan kawe cuma yg x bestnya penaja dia.

Reply to This

kawe stuju,kawe pn ado berminat dgn baju liverpool sperti jeket,t-shirt n lain2.tp kawe mutuh angin tngok pnaja dio...

Reply to This

apa ada pada jersi Liverpool??? suh Insua ejas ko kawe sehelai.hehehe.

Reply to This

acu said:
ni mungkin sbb kawe n zul bangkit kan isu ni,sbb 2 liverpool cari penaja baru...
Btul tu ACU, x sia2 'jihad' kita kn hehee...
Si Rafa n pegurusn LVRPooL amek tindakn drastik slps tgOk forum dlm DBS nie.

Reply to This


Mugkin spt inilah jersi Liverpool yg akan dgunakn nanti.

Reply to This

nmpak kurang menaruk lah,..mungkin ni baru prototaip dia je...

Reply to This

Jersi ni prototype je. Tp kalu demo nak sehelai yg ni, demo buleh order dgn kawe. Nk yg betul2, demo tggu thn depan la.

Reply to This

Mgkin klau modify sket corak dkt pinggang tu baru menarik kott!!!!

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!