DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

PENYERANG Selangor, Mohd. Safee Sali cuba melepasi halangan pertahanan KM Naza, B. Rajnikandh pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------


SELANGOR semakin hampir untuk muncul juara Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza (KM Naza) 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun, KM Naza mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Akmal Rizal Rakhli yang mudah menyempurnakan hantaran K. Rajan untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor kembali mengasak dan memiliki dua peluang terbaik tetapi rembatan Amri Yahyah pada minit ke-31 sedikit sipi, manakala rembatan R. Surendren seminit kemudian tepat ke daka- pan penjaga gol KM Naza, Suffian Ab. Rahman.

Sebaik separuh masa kedua bersambung, Selangor terus mengasak untuk memburu gol penyamaan.

P. Gunalan hampir melakukannya pada minit ke-48, namun rembatannya terkena tiang gol.

Usaha selangor untuk menyamakan kedudukan berhasil pada minit ke-55 menerusi gol sendiri pertahanan KM Naza, B. Rajni- kandh yang tertolak bola masuk ke gawang sendiri ketika mahu menyelamatkan asakan pemain Selangor, Amirulhadi Zainal.

Terdesak mencari jaringan tambahan, jurulatih Selangor, K. Devan melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-70 dengan memasukkan D. Surendran dan Asra- ruddin Putra Omar bagi menggantikan R. Surendren dan Amirulhadi.

Ia berhasil apabila Selangor berjaya memperoleh gol kedua menerusi Khairul Anuar Baharom yang bijak menyambar peluang ekoran keadaan kelam-kabut di depan pintu gol KM Naza selepas sepakan sudut.

Selangor terus kukuh pada minit ke-81 menerusi jaringan Amri Yahyah untuk menjadikan kedudukan 3-1.

KM Naza semakin pincang apabila Syahman Zainuddin dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan keras terhadap Asraruddin pada minit ke-84.

Selangor memanfaatkan kelebihan beraksi menentang 10 pemain dengan menambah gol keempat pada minit ke-88 menerusi tandukan Asraruddin hasil hantaran lintang C. Premnath.

Sementara itu, Perlis sekadar seri 1-1 dengan Perak di Stadium Perak.

Mohd. Syazwan Roslan meledak gol pembukaan Perak pada minit ke-31 sebelum penyerang Perlis, Nizaruddin Yusoff menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 7-2, sementara Pahang tewas 1-2 kepada Terengganu di Kuantan.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC seri 1-1 dengan KL Plus, manakala Negeri Sembilan menang 6-2 ke atas UPB-MyTeam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

oh!! tak mungkin....perlis naib johan boleh la...
selangkah lagi untuk selangor menjulang liga super!!!

kedah cube lagi tahun depan...
kelantan kene banyak traning kalo nak dpt piala....

piala fa selangor dah dapat
liga super dalam genggaman
piala malaysia dalam pemburuan!!!
aku bangga jadi anak selangor....
menang atau kalah
RED GIANT tetap dihatiku>,

Reply to This

InsyaAllah.. 2 points je lagi diperlukan utk mengesahkan piala pd game seterusnya iaitu menentang PDRM...
Standby utk trophy ke tigaaaaaaaaaaaaa.................................
VIVA SELANGOOOOORRRRRRRRRRR..................................

Reply to This

Ko ni balUt....buat tjuk forum pn mcm nk perli Perlis je... Sptutnya ko tls la 'Mmpukh Selangor Julang Liga Super Thn Ni????' Aku bsikap realistik la, Selangor mmg ada peluang bsr utk mncul sbg juara liga Super buat kali ptama thn ni tp kna pstikn mng lwn dgn PDRM mlm Sabtu nti. PDRM mgkn blh jd giant killer. Hati2 la lwn PDRM tu. Mana tau kot2 red giants kna bedil dek polis..huhu..

Reply to This

alhamdullilah..impian jadi kenyataan..sejarah tercipta......
aku percaya azam dan semangat yg kuat kunci kejayaan kita...
VIVA SELANGORRRRRRRRR........

Reply to This

Red Giants kna tggu smpai hr Selasa la nmpknya utk mgetahui muncu sbg juara atau tidak. Mlm esk tiada plwnn yg mlibatkn Selangor.

Reply to This

bukan bongkak..tak payah tunggu dah tau kompom Juara...tinggal lwn POLIS dan PAHANG..
tinggal satu game je untuk menang dah cukup...
irfan bakti sendiri cakap dia dah memang tak yakin memintas selangor walau menang dgn perak tempoh hari sekalipun..

Reply to This

aku ingin ucapkn tahniah buat selangor.... tp bg aku kejuaraan selangor msim ni bkn juara JANTAN... selangor jadi juara musim ni pn sbb fam gntung kelate main d tmpt sndiri..... try fam x gntung kelate main di kb comfirm kelate tgh cbr selangor skrg..... x heran lh selangor juara beb.... apapn jumpa di malaysia cup ni.... tu pn kalu trjumpa...hahaha.. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK SEMUA!!!!

Reply to This

INSUA@87 said:
aku ingin ucapkn tahniah buat selangor.... tp bg aku kejuaraan selangor msim ni bkn juara JANTAN... selangor jadi juara musim ni pn sbb fam gntung kelate main d tmpt sndiri..... try fam x gntung kelate main di kb comfirm kelate tgh cbr selangor skrg..... x heran lh selangor juara beb.... apapn jumpa di malaysia cup ni.... tu pn kalu trjumpa...hahaha.. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK SEMUA!!!!

hahaha.. juara ( insyaAllah ) pun nak dipertikaikan juara jantan / betina ke? REAL punya champ tak kisah main mane pun leh menang bro...

VIVA SELANGOOOOOOOORRRRRRRRRR!

Reply to This

mmg juara betina pn...... APAPUN JUARA THN NI DH TRBUKTI JD MILIK MERAH KUNING...... tp jgn haraplh selangor nk jd mcm kedah musim lepas krana sang penyu pasti akan mgaum di piala malaysia nnti......

Reply to This

haha..bukan juara jantam???istilah baru tu...klakar gakk..
abg insua ni cakap mcm pasukan klate paling terror plak,mcm setiap tahun dapat piala plak,
macam sejarah bolasepak msia stiap tahun ade plak...macam sukan kat malaysia ni slalu buat rekod plak,
utk pengetahuan abg insua..TIADA SATU GAME PUN KELANTAN PERNAH MENGALAHKAN SELANGOR TAUU...
sekarang sape jantan plak abg insua???:)

Reply to This

betol tu striker...
bab kutuk pasukan selangor ade je muke die...
pasukan kelantan kan hebat..dorang mane boleh terima kekalahan...
kalah tempat lawan cakap alasan masalah padang lah,pengadil berat sebelah lah...
kalo dorang menang team dia je la power...
team baru nak up katakan.....

Reply to This

Blm tiba masanya utk aku ucp tahniah kpd Selangor krn liga msh bbaki 2 plwnn lg. Dlm bolasepak, apapn blh tjadi. Mana tahu, PDRM mng masa lwn Selangor 21 Julai ni. Buat masa skrg, sebelah tangan korang dh pegang piala liga super tu tp mgkn jg akn tlepas.

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • azila
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • NIZE86
  • ir
  • misz tikah
  • gLaTiCoS
  • Mohamad Hazrani Bin Harun
  • cHeLseA4eVa
  • ct_perwira
  • Armyrule

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!