DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

PENYERANG Selangor, Mohd. Safee Sali cuba melepasi halangan pertahanan KM Naza, B. Rajnikandh pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------


SELANGOR semakin hampir untuk muncul juara Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza (KM Naza) 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun, KM Naza mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Akmal Rizal Rakhli yang mudah menyempurnakan hantaran K. Rajan untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor kembali mengasak dan memiliki dua peluang terbaik tetapi rembatan Amri Yahyah pada minit ke-31 sedikit sipi, manakala rembatan R. Surendren seminit kemudian tepat ke daka- pan penjaga gol KM Naza, Suffian Ab. Rahman.

Sebaik separuh masa kedua bersambung, Selangor terus mengasak untuk memburu gol penyamaan.

P. Gunalan hampir melakukannya pada minit ke-48, namun rembatannya terkena tiang gol.

Usaha selangor untuk menyamakan kedudukan berhasil pada minit ke-55 menerusi gol sendiri pertahanan KM Naza, B. Rajni- kandh yang tertolak bola masuk ke gawang sendiri ketika mahu menyelamatkan asakan pemain Selangor, Amirulhadi Zainal.

Terdesak mencari jaringan tambahan, jurulatih Selangor, K. Devan melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-70 dengan memasukkan D. Surendran dan Asra- ruddin Putra Omar bagi menggantikan R. Surendren dan Amirulhadi.

Ia berhasil apabila Selangor berjaya memperoleh gol kedua menerusi Khairul Anuar Baharom yang bijak menyambar peluang ekoran keadaan kelam-kabut di depan pintu gol KM Naza selepas sepakan sudut.

Selangor terus kukuh pada minit ke-81 menerusi jaringan Amri Yahyah untuk menjadikan kedudukan 3-1.

KM Naza semakin pincang apabila Syahman Zainuddin dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan keras terhadap Asraruddin pada minit ke-84.

Selangor memanfaatkan kelebihan beraksi menentang 10 pemain dengan menambah gol keempat pada minit ke-88 menerusi tandukan Asraruddin hasil hantaran lintang C. Premnath.

Sementara itu, Perlis sekadar seri 1-1 dengan Perak di Stadium Perak.

Mohd. Syazwan Roslan meledak gol pembukaan Perak pada minit ke-31 sebelum penyerang Perlis, Nizaruddin Yusoff menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 7-2, sementara Pahang tewas 1-2 kepada Terengganu di Kuantan.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC seri 1-1 dengan KL Plus, manakala Negeri Sembilan menang 6-2 ke atas UPB-MyTeam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

INSUA@87 said:
aku ingin ucapkn tahniah buat selangor.... tp bg aku kejuaraan selangor msim ni bkn juara JANTAN... selangor jadi juara musim ni pn sbb fam gntung kelate main d tmpt sndiri..... try fam x gntung kelate main di kb comfirm kelate tgh cbr selangor skrg..... x heran lh selangor juara beb.... apapn jumpa di malaysia cup ni.... tu pn kalu trjumpa...hahaha.. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK SEMUA!!!!

assalamualaikum..saya setuju dgn insua...ya mmg betul bukan juara anak jantan..maksudnya disini juara yang juara secara bernasib baik...kita perlu trima hakikat..bhawa juara atau pemenang tidak semestinya ianya adalah terhebat..banyak faktor yang menyebabkan ianya terjadi..nak suruh semua mudah faham..kita sebagai orang muslim pasti ingat dan amat tahu tentang sejarah dizaman junjungan besar rasulullah s.a.w dimana kisah peperangan uhud..dimana pada peperangan yang menyaksikan pasukan tentera islam tewas..walaupun pada awalnya pasukan islam sememangnya sudah seakan menang..tapi oleh kerana beberapa faktor maka tewaslah tentera islam ..disini menunjukkan kemenangan si kafir bukan kemenangan anak jantan kerana kewibawaan org islam pada hari itu di nafikan oleh kekalahan dek kerana kesilapan kecil yang berlaku pada strategi org islam..berbeza dgn kisah perang badar yang di mana org islam hanya seramai 313 org menentang org kafir 1000 org dgn kebijaksanaan org islam pada strategi srerta bantuan Allah org islam berjaya menewaskan si kafir walaupun ternyata bilgn tntera islam terlalu sdikit jika dibandgkn dgn si kafir...ini baru kemenangan yg hebat..ini baru kemenangan anak jantan..kisah2 ni smua kita jangan lupa..kita sbagai org islam kalau kita kenal sejarah islam maka kita akan slalu brpijak d bumi nyata dan tak sombong diri..smua yg Allah tntukan ada hikmah nya yang tersendiri trmasuk untuk kita renungi dan teladani..

Reply to This

striker said:
insyaalaahh....boleh menang...semua org doa2kan lah yer..
Hehe....mana blh kitaorg doa2kn pskn korang jd juara. Korang la pkt2 bdoa. Kitaorg nk doakn team ksygn kitaorg la...

Reply to This

bak kata rafael benitez juara x smestinya hebat..................

Reply to This

bak kate aku..sejarah yang tertulis akan menunnjukkan dia yang terhebat..
selangor dah tak larat nak buat sejarah lagi..VIVA SELANGORRR...
kepada semua fans selangor...esok kita dah boleh meraikannye di selayang atau pada 25 julai ni
di stadium shah alam..semua fans selangor boleh check aktiviti dan news di selangorfanatik's web blog..check it out..

Reply to This

striker said:
bak kate aku..sejarah yang tertulis akan menunnjukkan dia yang terhebat..
selangor dah tak larat nak buat sejarah lagi..VIVA SELANGORRR...
kepada semua fans selangor...esok kita dah boleh meraikannye di selayang atau pada 25 julai ni
di stadium shah alam..semua fans selangor boleh check aktiviti dan news di selangorfanatik's web blog..check it out..

VIVA SELANGOOOOOOORRRRRRR!..
pada yang nak sedapkan hati sendiri tu, belajar2 laa terima hakikat.. semoga musim ni bagi pengajaran dan pengalaman kepada semua team2 dlm MSL utk memperbaiki mutu bolasepak negeri masing2 dan utk Malaysia khususnya...

MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA

Reply to This

bernas tu....VIVA SELANGORRRRRRR....

Reply to This

yup juara x semestinya hebat..apapun kepada team kelantan n kita semua pnyokong kelantan jangan bersedih..tapi bersyukurlah dgn apa yang kita dapat..naib juara FA cup,mgkin nombor 3 atau 4 liga semua rezeki di tangan Allah..tapi kita hanya perlu bersyukur jer itu yang penting...percaya pada janji Allah..jika kamu bersyukur maka Aku(ALLah) akan tambah nikmat kepada mu(kita),tapi jika kita ingkar pada nikmatKU, nescaya azabKU amatlah pedih..surah ibrahim ayat 7..kita biar jer dorang..lau kita perhatikan mereka yang dah juara tu x nampak pun cara dorang tu sedang bersyukur,takabur adala..lau setidaknya pun ucaplah alahamdulillah..gembira juga Allah dgr korang x lupakan DIA dalam kejayaan nih..tapi x per..janji Allah adalah benar..Allah mampu memberi dan menarik nikmat dgn hanya sekelip mata....fan kelate..doakan untuk piala malaysia pula...insyaAllah hu taala minal aminin.........

Reply to This

bg aku kelate tk juara pn aku tk kisah sbb psukan kelate skrang ni msih lg dlm pmbgunan,..naib juara piala FA n tmpt ke-3 MSL sdh ckup tuk dbabgga kn bg aku krn asal nya skuad ini d bntuk tuk braksi di liga prdana bkn nya liga super..lau bkn d sebab kan pnggantungan ssm-iv mngkin skrang ini tahta liga di tkluk skuad red warrior ini,.tp sume 2 tlah dtentu kn tuhan,thun ni memihak pda selangor,thun depan blum tntu lg....insyaallah,.kita akn cuba dlm piala msia plak,.tk mustahil bg aku lau skali lg pnyokng kelate akn brarak ke bukit jalil.........sama2 kita doa kn.

Reply to This

Btul tu acu.., kwe sokong pdapat dmo tu. Team Kelantan wlpn br je msuk dlm liga super tp pretasi amat mgejutkn smua org. Kalau tdk krn pggantungn std SM IV, mgkn team kita skrg berada di ats Selangor, tak pn di tgga no 2.

Reply to This

atas selangor tu tak mungkin lar..bawah selangor tu pasti kompom punyer...
jgn salahkan pengantungan tu..tapi salahkan diri sendiri kalau tidak isu pembakaran sampah tu..
mgkin betul2 tetap dibawah selangor........kn..kn..

Reply to This

striker said:
atas selangor tu tak mungkin lar..bawah selangor tu pasti kompom punyer...
jgn salahkan pengantungan tu..tapi salahkan diri sendiri kalau tidak isu pembakaran sampah tu..
mgkin betul2 tetap dibawah selangor........kn..kn..


bg aku pnggangtungan ssm-iv 2 lah yg mmbuat kn prestasi kelantan merudum,.pemain2 trpaksa mnggharungi hmpir 500 km tuk braksi d glanggan sndiri (bkit jalil)...kelantan khlangan 12 mata ktika braksi d bkit jalil,.aku rsa lau prlawanan 2 d lngsungkn d kota bharu aku yakin mata trsbut dpt dpngut oleh kelantan dn 2 sdah ckup tuk mncbar selangor skali gus mrampas tahta liga super,..tp sume 2 ketentuan tuhan,..kami pnyokong kelantan terima seadanya..apa yg dkurnia kn tuhan sudah ckup.....

Reply to This

angkuh sgguh r org selangor ni..... mcm lh aku x tahu yg selangor sjak dr dlu lg anak emas malaya..... sbb tu slalu juara.... juara thn ni pn sama.... KEJAYAAN SELANGOR TAHUN NI HASIL PERTOLONGAN FAM....... tahniah FAM!!!! KRANA BRJAYA MGAGALKN MISI KELANTAN..... VIVA SELANGOR KEPALA OTAK KAU......

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!