DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

PENYERANG Selangor, Mohd. Safee Sali cuba melepasi halangan pertahanan KM Naza, B. Rajnikandh pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------


SELANGOR semakin hampir untuk muncul juara Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza (KM Naza) 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun, KM Naza mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Akmal Rizal Rakhli yang mudah menyempurnakan hantaran K. Rajan untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor kembali mengasak dan memiliki dua peluang terbaik tetapi rembatan Amri Yahyah pada minit ke-31 sedikit sipi, manakala rembatan R. Surendren seminit kemudian tepat ke daka- pan penjaga gol KM Naza, Suffian Ab. Rahman.

Sebaik separuh masa kedua bersambung, Selangor terus mengasak untuk memburu gol penyamaan.

P. Gunalan hampir melakukannya pada minit ke-48, namun rembatannya terkena tiang gol.

Usaha selangor untuk menyamakan kedudukan berhasil pada minit ke-55 menerusi gol sendiri pertahanan KM Naza, B. Rajni- kandh yang tertolak bola masuk ke gawang sendiri ketika mahu menyelamatkan asakan pemain Selangor, Amirulhadi Zainal.

Terdesak mencari jaringan tambahan, jurulatih Selangor, K. Devan melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-70 dengan memasukkan D. Surendran dan Asra- ruddin Putra Omar bagi menggantikan R. Surendren dan Amirulhadi.

Ia berhasil apabila Selangor berjaya memperoleh gol kedua menerusi Khairul Anuar Baharom yang bijak menyambar peluang ekoran keadaan kelam-kabut di depan pintu gol KM Naza selepas sepakan sudut.

Selangor terus kukuh pada minit ke-81 menerusi jaringan Amri Yahyah untuk menjadikan kedudukan 3-1.

KM Naza semakin pincang apabila Syahman Zainuddin dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan keras terhadap Asraruddin pada minit ke-84.

Selangor memanfaatkan kelebihan beraksi menentang 10 pemain dengan menambah gol keempat pada minit ke-88 menerusi tandukan Asraruddin hasil hantaran lintang C. Premnath.

Sementara itu, Perlis sekadar seri 1-1 dengan Perak di Stadium Perak.

Mohd. Syazwan Roslan meledak gol pembukaan Perak pada minit ke-31 sebelum penyerang Perlis, Nizaruddin Yusoff menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 7-2, sementara Pahang tewas 1-2 kepada Terengganu di Kuantan.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC seri 1-1 dengan KL Plus, manakala Negeri Sembilan menang 6-2 ke atas UPB-MyTeam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

striker said:
atas selangor tu tak mungkin lar..bawah selangor tu pasti kompom punyer...
jgn salahkan pengantungan tu..tapi salahkan diri sendiri kalau tidak isu pembakaran sampah tu..
mgkin betul2 tetap dibawah selangor........kn..kn..

Bkn aku nk slhkn pggantungn std tu tp itu adalh pybb utama yg myumbang khilangn mata bg team Kelantan. Dsbbkn tpaksa bmain di std luar negeri dn tnpa sokongn padu pyokong tmptn ditmbh pula dgn kpntn krn tpksa berulang alik, prestasi pasukan The Red Warriors agk mnurun tp x la smpai kna belasah dek pasukan lwn. Selangor dn Kelantan adalah 2 pasukan yg paling konsisten dlm liga super thn ni.

Reply to This

x pe cuba malaysia cup ni plak... hrp ini mberi pngajaran yg bguna utk kelantan..... aku hrp juga fam lebih adil dlm mmberi hukuman kpd psukn2 dlm malaysia..... kelantan bkn x bgus cuma segelintir pnyokgny mmbuatkn kelantan merudum.... mcm final fa cup dlu aku tgok kelantan byk mguasai bola.... mula2 je nmpk selangor mguasai tp keseluruhan aku tgok kelantan yg byk mgawal bola..... selangor dh tertekan di saat2 akhir.... lepas norfarhan jarinkn gol baru smagat selangor mmbara semula, selangor bjaya mgawal bola n bjaya mjaringkn gol pnyamaan...... masa final haritu bg aku butler yg harus dipersalahkn krna x mgarahkn ank buahny brtahan selepas kelantan mdahului 1-0....... kalu butler arahkn anak buahny brtahan aku pcaya selangor x akan juara fa cup.... tp apapn juara dh mjadi milik selangor hari tu.... BUAT KELANTAN CUBA LAGI DI MALAYSIA CUP

Reply to This

alhamdulillah..set kito semua dah faham dgn konsep rezeki yang sebenar..tgk pada komen ore kelate disini semua mcm faham bhawasanya rezeki di tgn Allah..alhamdulillah..kita dah berusha dah taun ni..dan Allah bg kita takat ni syukur sangat dah..mane lah tau Allah nak bg nikmat yg lbih besar juara piala malaysia ke...kita x tahukan..."kita merancang,tapi jangan lupa pada masa yang sama Allah juga merancang untuk kita,tapi sbaik prancangan tntulah dr Allah s.w.t"..."terkadang kita x tahu tiap yang terbaik untuk kita x semuanya yang kita mahu"....thanks Allah..

Reply to This

sama2 la kita doa agar kelate bleh bwk blik pila msia thun ni....

Reply to This

insya allah.... tp tnpa piya bleh ke???? ujian ptama kelantan tnpa piya haritu myebabkn kelate gigit jari di kb lwn kedah.....

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • azila
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • NIZE86
  • ir
  • misz tikah
  • gLaTiCoS
  • Mohamad Hazrani Bin Harun
  • cHeLseA4eVa
  • ct_perwira
  • Armyrule

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!