DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Skuad bola sepak Kedah telah mendapat sentuhan bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof bagi membimbing Sang Kenari mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.
Ahmad bakal menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam tempoh terdekat bagi mengesahkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan juara treble berganda Liga Malaysia musim 2007 dan 2008 itu.
Jawatan berkenaan kosong selepas Mohd. Azraai Khor Abdullah meninggalkan Hijau Kuning pada pertengahan Oktober lalu untuk membimbing pasukan Harimau Muda.
Sementara itu, sumber-sumber memberitahu bahawa Kedah akan menggugurkan antara lima hingga tujuh pemainnya bagi memperkuatkan pasukan itu selepas gagal menyerlah pada musim ini.
KFA juga dikatakan sedang mengintai beberapa pemain termasuk penyerang Perak, Razali Umar Kandasamy dan pemain KM Naza, Faderin Kadir untuk dibawa masuk ke dalam pasukan Kedah.

*****Siapakah 5 hingga 7 pemain kedah yang digugurkan dan pemain baru untuk musim 2010?.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

*

* Add as Friend
* PM this member

* Group: Rakan Kelab
* Posts: 1,194
* Joined: 24-September 06

Posted Today, 04:51 PM
Jadual Liga Super 2010 Melibatkan Pasukan Kedah Untuk Bulan Januari 2010



1. 9hb Jan, Sabtu - Johor lwn Kedah (Stadium Larkin)


2. 12hb Jan, Selasa - Kedah lwn Perlis (Stadium DarulAman)


3. 16hb Jan, Sabtu - Kedah lwn JOhor FC (Stadium DarulAman)


4. 19hb Jan, Selasa - Kelantan lwn Kedah (Stadium Sultan Mohamad IV)


5. 23hb Jan, Sabtu - Kedah lwn Perak (Stadium DarulAman)


6. 26hb Jan, Selasa - P.Pinang lwn Kedah (Stadium Bt Kawan)


7. 30hb Jan,Sabtu - Kedah lwn T-Team (Stadium DarulAman)

Reply to This

9 pemain Harimau Muda kekal

HANYA sembilan pemain Harimau Muda yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dikekalkan dalam pasukan itu bagi menghadapi saingan musim 2010 bermula 11 Januari depan.

Mereka terdiri daripada Fadhil Shas, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Khairul Izzuwan Rosli, D. Saarvindran, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Haziq Zikri Elias.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, hanya pemain-pemain terbabit yang masih berusia bawah 19 tahun (B-19) pada 2010 manakala pemain lain sudah menjangkau usia 20 dan 21 tahun.

"Saya telah memulakan sesi pemilihan pemain sejak dua minggu lalu dengan dua aksi persahabatan menentang PKNS (seri 1-1) dan skuad B-21 negara (tewas 1-2) dijadikan pengukur prestasi.

"Jadi daripada 44 pemain yang mencuba, saya hanya mengambil 30 pemain dengan lapan daripada mereka adalah muka baru yang saya ambil," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kim Swee menjelaskan, dia mengambil seramai 30 pemain untuk saingan musim ini bagi memastikan jumlah pemain mencukupi bagi menghadapi jadual ketat aksi Liga Perdana setiap Isnin dan Jumaat.

"Kalau boleh, saya nak turunkan dua kesebelasan berbeza pada setiap perlawanan Isnin dan Jumaat bagi setiap minggu. Jadi kita dapat mewujudkan dua kesebelasan yang mempunyai kekuatan seimbang.

"Ini juga cabaran baru buat pemain-pemain B-19 ini kerana sebelum ini kebanyakan mereka hanya beraksi pada kejohanan peringkat sama umur dan kali ini pula saingan liga senior," ujarnya.

Menurut Kim Swee, skuad Harimau Muda bakal menghadapi beberapa lagi perlawanan persahabatan sebelum liga bermula iaitu bertemu PDRM (hari ini), Pos Malaysia (28 Disember), Kuala Lumpur (2 Januari) dan satu lagi pasukan pada 6 Januari depan.

Beberapa tonggak utama Harimau Muda musim lalu seperti Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Mahali Jasuli dan Ahmad Shakir Md. Ali kini bersama skuad B-21 negara di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang akan didedahkan dengan perlawanan-perlawanan antarabangsa sepanjang 2010.

sumber: www.kosmo.com.my



rugi laa... xdapat nk guna khidmat shakir ngan guru... xkan xserapkan kat team negeri langsung kot...

Reply to This

sayangla.....shakir tu org kedah, elok2 dgn kedah p sna...tp klu utk kebaikan dya, mmg baguihla..men utk negara, apa2 pon kta still ada players yg mngancam...
PULUN KEDAH PULUN!!!

Reply to This

Bad nie balik ari tu, dya teruih men utk Kedah, ka?

Reply to This

btol gak tuh... tp harap2 ada player muda len yg lebih berbakat... kedah bnyk player muda yg bbakat kan? hehehe...

mkmz hijau kuning said:
sayangla.....shakir tu org kedah, elok2 dgn kedah p sna...tp klu utk kebaikan dya, mmg baguihla..men utk negara, apa2 pon kta still ada players yg mngancam...
PULUN KEDAH PULUN!!!

Reply to This

Kedah byk player mda yg bbakat coz time Azrai dulu dya rajin dok amek bdak2 bwu lpas skul, even sgt2 mda tp bbisa, las2 dpt la meen, bad, faizal, shakir dll....mda sja tpi perghhhhhh, suma takut..hehehe...Ahmad yusof dya amek sorang ja kan dr piala presiden?arfan rashid tu...dya men bhg mna ek?
PULUN KEDAH PULUN!!

Reply to This

Dia main bahagian tengah.........

mkmz hijau kuning said:
Kedah byk player mda yg bbakat coz time Azrai dulu dya rajin dok amek bdak2 bwu lpas skul, even sgt2 mda tp bbisa, las2 dpt la meen, bad, faizal, shakir dll....mda sja tpi perghhhhhh, suma takut..hehehe...Ahmad yusof dya amek sorang ja kan dr piala presiden?arfan rashid tu...dya men bhg mna ek?
PULUN KEDAH PULUN!!

Reply to This

arfan 2 tgok die men xbise sgt pn...kt player president plyer jersi 11 n 23 tu bru mngancam..klu xda grakan dri depa xmnang dah kedah ngn singapora...
grakan aritue pn starting dri bwah tepi smpai nek kt atas 2 pn mlalui tepi...
tgah xbper mnjadi sgt slalu ja lose ball...plyer tpi 2 ja mntap...tpi xtaw nme..cdey3...
mlunyer jdi fn kedah xtaw pa2..

Reply to This

23 yg dya x p mna except dok ja kat tpi pdg tu ka?klu ya, dya tu mmg baguih coz dya stay ja kat situ...dya sentiasa bsedia, x la kosong kat situ, bla bola mai ja, dya bleh teruih pas, pas dan pas dan ada chance nak msuk gol...tpi byk gol yg tlepas...huhu..

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!