DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

bob

Pembakar Semangat Menjelang Perlawanan MU vs MALAYSIA

Selaku peminat atau penonton apa yang kita boleh lakukan untuk pembangunan bola sepak malaysia selain dari mengkritik.... menjerit... mencemuh... mengata... merusuh dan macam-macam lagi? Aku sendiri sebagai peminat dan penonton sudah jemu dan bosan dengan janji2 yang pernah diura-urakan oleh fam mahupun pemain2 sendiri. Kalau korang menang nanti mesti kena puji lebih-lebih tapi kalau kalah mesti kena maki gileerrr-gileerr. Kejam sungguh duniakan!

Peduli apa! aku nak jerit ke... aku nak maki ke... aku punya suka! Aku yang keluar duit beli tiket. Yang penting aku pergi stadium nak tengok malaysia menang itu saja. Nak tengok game yang bagus. Bukan nak tengok malaysia kena belasah! Satu nasihat aku kalau nak berjaya dan berada diatas tidak ada istilah kalah dalam bola sepak!

"Selamat berjuang pemain malaysia"

Tags: no ball

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Malaysia 30
Manchester United 0...
tiap2 pemain Malaysia buat hattrik kecuali goli...

Reply to This

zila hairan le ngan peminat bola sepak Malaysia. suka sgt mengutuk dan memperlekehkan pemain sendiri. apalah salahnya pergi ke stadium bg support untuk pemain kite. sekurang2nye pemain akan terasa dihargai dan berusaha. bukannya mendengar kutukan yg melemahkan semangat pemain. tp kalu yg main di bwh tahap tu perlu gak diperbetulakn agr diorang dpt tingkatkan prestasi sebgi pro player.
mcm malam tu, sms Kedah lwn UPB, memang patut helmi dikutuk krn melkukan tindakan bodoh yg boleh menjejaskan imej dan moral pasukan.

Reply to This

Bukan tidak hargai atau memperkecilkan kemampuan mereka. Hati peminat2 tempatan harus juga di ambil kira. Kami selaku penonton dan peminat setia membelanjakan wang ringgit kestadium bukan lah hendak menonton concert Siti Norhaliza dan sbgnya. Yang kami mahukan adalah perubahan. Ada inisiatif untuk maju bukan setakat di liga tempatan saja (jaguh kampung) malahan mampu bersaing dengan negara2 di rantau asia khususnya. Ini adalah kerana peminat bola sepak di malaysia sudah bijak menilai dan memilih yang mana baik dan yang mana buruk untuk ditonton. Siapapun sekali akan bosan dan malu kalau lihat malaysia asyik diperbudakkan oleh pasukan dari luar negara. Lebih baik duduk saja dirumah tonton ASTRO.

Reply to This

aku no comment dalam hal-hal ni, sebab selaku anak Malaysia, dah tentu kita nak tengok bolasepak negara kita kembali dijulang maruahnya, selepas tercalar teruk-teruk kebelakangan ini. Namun, saudara/saudari harus ingat, kejayaan sesebuah pasukan bukannya terletak sahaja kepada sorakan penonton, percaturan jurulatih - tetapi semuanya terletak kepada usaha, pengorbanan dan dedikasi pemain-pemain sendiri dalam menentukan hala tuju bolasepak negara, itu sahaja! Dah berkali-kali aku baca, baik dalam web, surat khabar, televisyen tentang gelagat penonton-penonton Malaysia - aku rasa bukan salah mereka - tapi mereka juga ada hak untuk berasa marah dan geram kerana mutu persembahan pasukan negara yang tak 'up-to-standard'. Korang pun pastinya marah kan, kalau beli tiket puluh-puluh ringgit, masuk stadium, jerit sana, baling air sini, last-last bila balik kutuk-kutuk jugak kan, apa Malaysia main macam tu, hampeh, tak masuk akal - something yang memang obvious dah.....tak payah nak sorok mana!

so, aku memang dah jangka ar keputusan perlawanan MU - Malaysia ni, berpihak kepada pasukan yang mana, cuma aku nak para pemain pamerkan semangat juang yang tinggi, they also a player, sama macam side yang mereka nak lawan ni....so, there is no istilah takut - tapi hormat! But, jangan terlampau pandang tinggi sangat pada dorang - show them what you got, suprise them with your own brand of football.....aku rasa kalau dorang buat dua-dua yang aku cakap ni, InsyaAllah, satu hari percayalah, bolasepak negara akan bangun dan mengangkat kembali kegemilangannya, yang semakin hilang sekarang ini. Salam.

Reply to This

Bukan kemenangan yang menjadi ukuran utama... tetapi tahap kualiti dan mutu permainan yang semua pencinta bola sepak tanah air harap2kan. Faktor fizikal tidak lagi boleh dijadikan alasan sbb negara2 serantau telah pun menafikan kelemahan t'sebut. Do smethng, Don't do Some-Some.... Gd luck utk Pasukn M'sia. Kami tetap support wlaupun hati kami terluka!! (^^,)

Reply to This

Apa lah agaknya yang fikirkan ketika ini oleh setiap pemain2 yang akan terpilih menentang MU kelak ya... tentunya berdebara-debar menunggu akan terpilih jadi first selection. Dah tentu ada yang berkira-kira dan berebut dgn rakan sepasukan... jersey Rooney aku punya! Seluar dalam Ryan jangan usik aku dah bookong dan macam2 lagi.

Begitulah yang terjadi satu masa dulu bila MU pernah beraksi disini dan dapat kita saksi bertapa gelojohnya Mohd Shahrul Azhar bekerja keras bukan dimasa perlawanan bola tapi perebutan jersey yg dipakai oleh Ronaldo No7.

Apa yang nak direbutkan. Bukankah banyak jersey MU NO7 yang dijual di malaysia ini!

Reply to This

Bg aku, skurang2nya pmain2 kita ada sifat utk mlwn tnpa mgira status psukn yg dtentang sptmana yg dtunjukkn smsa lwn Chelsea sblm ni dh kira ok. Spt kata zul putra, bkn kmenangan yg jd ukuran, kualiti pmain dn pmainan yg ingin kita lihat nti. Kalau player kita yg blh score gol lg bagus..

Reply to This

jumpe kat stadium sabtu ni

Reply to This

aku baru je beli tiket man u vs malaysia td kat muzic valley ampang point, tinggal tiket RM59 je,duduk la belakang gol. So sape yang nk dapatkan tiket last minit, pg kat sane.tinggal 200 tempat duduk je lg....jangan malu pakai baju malaysia k.bg support skit kat player kite, manela tau ade kejutan diorang boleh buat nt.....walaupun aku fan man u, aku stil pakai jersey bj malaysia nt..

Reply to This

Bgs la kau ni Ron(nama manja aku bg ni sbb nama kau pjg sgt), wlpn seorg fan Manu tp tetap pakai jersey M'sia. Inilh smgt patriotik. Tp jgn la pula pakai jersey M'sia bg sorakan smgt kat Manu..

Reply to This

hope Pasukan M'sia akn menang ptg nant.... Sma2 la kita sokong Pasukan M'sia...
Jgn Perlekehkn Dorg lg..

Reply to This

amri yahya terbaek.....

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • NIZE86
  • ir
  • misz tikah
  • gLaTiCoS
  • Mohamad Hazrani Bin Harun
  • cHeLseA4eVa
  • ct_perwira
  • Armyrule
  • are_dek emy

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!