Tahniah K. Rajagopal dengan perlantikan beliau maka tamatlah teka teki siapa jurulatih kebangsaan. Perlu juga diingatkan sekali lagi disini masalah jurulatih bukannya asing lagi bagi bola sepak malaysia. Sekiranya gagal jurulatih yang dilantik harus bersedia menerima tomahan dan cemuhan dan yang lebih memilukan harus berhadapan dengan tindakan "hilang mata pencarian" pada bila-bila masa saja. Dari sudut professional pula... itu adalah perkara biasa dan lumrah bagi jurulatih yang gagal kerana di eropah juga mereka akan menerima nasib yang sama. Secara amnya jikalah peminat seperti saya ini boleh bersuara dan memberi pendapat... tugas yang paling penting dan rumit sekali ketika ini ialah mencari pemain-pemain bola sepak moden berkualiti masa kini iaitu mempunyai aspek ketahan fizikal, stamina dan mental yang cukup tinggi. Sekiranya tiada pemain yang maksudkan... maka cerita yang sama akan berulang saban tahun.
Siapapun jurulatih kebangsaan bukan persoalanya tetapi mampukah ataupun yang lebih tepat lagi bolehkah K. Rajagopal membawa perubahan dan kejayaan? Bukan hanya untuk satu atau dua kejohanan saja malahan melonjakkan bola sepak malaysia ke peringkat asia dan seterusnya ke peringkat yang paling tinggi piala dunia? Harapan menggunung dari saya dan mungkin juga peminat yang lain ialah... mampukah setidak tidaknya bola sepak malaysia keluar dari kelompok ASEAN seperti (... thailand, myanmar, vietnam, indon, singapore dll... yang memang membosankan) dan seterusnya... berada di kelompok gergasi ASIA seperti (... jepun, korea, australia, saudi dll...) Insyaallah kita akan berjaya... sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan jujur dan ikhlas. Berilah kerjasama sepenuhnya dengan seberapa jujur dan ikhlas kepada jurulatih baru kita dan kepada sesiapa saja yang terlibat untuk mencapai matlamat kita.... Insyaallah.
Persoalannya... (kerjasama) mahukah FAM bersikap professional berfikiran terbuka menerima ataupun setidak-tidaknya mendengar idea-idea dan pendapat-pendapat dari bekas-bekas pemain bola ataupun mungkin dari peminat-peminat tempatan sendiri? Setelah menonton siaran Wisel Penamat yang disiarkan oleh RTM TV1 saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa kepada saudara Khalid Ali, Soh Chin Aun dan ramai lagi pemain-pemain veteran yang lain. Pada awalnya saya amat bersetuju pada dasarnya FAM memerlukan pandapat dan idea dari bekas-bekas pemain yang pernah menaikan bola sepak malaysia satu ketika dahulu. Namun apa yang di ketahui amat dikesali. Idea dan pendapat-pendapat yang mungkin berguna dari pemain veteran ini langsung tidak dihargai oleh FAM. Mengapa pihak FAM bersikap demikian? Tidak professional. Bukankah mereka-mereka ini (pemain veteran yang boleh dianggap lagenda bola sepak) yang telah mengharumkan malaysia dimata dunia satu masa dahulu. Apa salahnya kita mendengar dan meneliti cadangan dan idea-idea yang mungkin berguna. Mungkin juga pengalaman dan semanggat mereka boleh di gunakan pakai dan dicontohi oleh pemain-pemain muda sekarang.
Siapa yang tidak kenal Khalid Ali pakar (in-swingger) satu ketika dahulu. Saya kenal saudara Khalid Ali dan saya tahu hatibudi beliau. Saya pernah menjadi anak didik (bola sepak) dari beliau ketika bekerja di Emkay Associates (bukan EmkayLand) satu masa dahulu. Bukan nak memuji-muji dan mengampu beliau... saya memang memuji kejujuran, keikhlasan dan ketegasan beliau menegur dan mengajar saya tentang bola sepak. Pengalaman dan nasihat dari beliau amat berguna untuk pemain-pemain muda masa kini. Dari penjelasan beliau di program wisel penamat tempoh hari sikap tidak professional FAM cukup mengecewakan. Seolah olah pendapat mereka (pemain veteran) tidak langsung boleh diguna pakai. Lihatlah saja apa yang terjadi kepada Dato Soh Chin Aun? dipecat... begitu sahaja. Adakah pendapat dan pandangan beliau didengar oleh pihak berwajib semasa beliau memegang jawatan pengurus pasukan? Siapa yang sebenarnya berkuasa... siapa yang diberi kuasa... siapa yang boleh bersuara... dan siapa yang langsung tidak boleh bersuara??? Perlu dikaji terdahulu adakah mereka-mereka itu yang lantang bersuara... terdiri dari ahli-ahli majlis tertinggi, pakar-pakar atau "master of degree" permainan bola sepak. Pernahkah mereka-mereka itu mengenali bola dan seterusnya menyepak bola walaupun hanya untuk sekali seumur hidup?... tanyakan diri anda sendiri sebelum memberi jawapan.
Sikap orang "KITA"....yaa sikap orang kita "Attitude Problem".... itulah racun.. itulah... duri... yang memang sudah sebati dengan orang-orang malaysia yang ternyata terlalu bijak dalam soal-soal sedemikian (dengki.. tamak... dan sebagainya) baik datas saya jelaskan .... jangan tamak... makan sama-sama... percayakan orang lain... kerja sama ikhlas jujur akan membawa berkat. Ampun dan maaf sekira terkasar dan menyinggung.
Sekian...
Tags: mal.asiano1
Share
-
▶ Reply to This