DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Putera Faisal Idam The Reds


LONDON – Seorang putera raja Arab Saudi semakin hampir untuk membeli 50 peratus saham dalam kelab Liverpool. Jumlah tersebut bersamaan dengan £350 juta (RM1.9 bilion).

Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah al-Saud memberitahu media Arab Saudi bahawa satu perjanjian telah pun dicapai dengan pemilik kelab dari Amerika Syarikat.

Ahli perniagaan itu yang memiliki syarikat pelaburan sukan F6 dilaporkan berkata: “Kami sedang berusaha untuk memiliki 50 peratus saham dalam kelab itu.

“Semua urusan semakin hampir mencapai kata sepakat dan nilai keseluruhan ialah antara £200 hingga £350 juta (RM1.1 hingga RM1.9 bilion).”

Begitupun, sumber rapat kepada Tom Hicks, pemilik bersama Liverpool dengan taikun Amerika, George Gillett berkata, beliau hanya bersedia menjual 25 peratus sahaja saham dalam usaha mendapat modal £100 juta (RM551.5 juta) dan tidak mengetahui sebarang perjanjian dengan Putera Faisal itu.

Laporan menyebut perjanjian itu merangkumi perancangan mewujudkan akademi bola sepak di Eropah dan juga di Asia Barat untuk melahirkan bakat yang lebih besar buat Liverpool.

The Reds juga dilaporkan menanggung hutang sebanyak £245 juta (RM1.4 bilion), namun pemilik bersama dari Amerika itu sedang berusaha menyelesaikannya England.

Putera Faisal hadir di Anfield ketika The Reds menang 6-1 ke atas Hull, Sabtu lalu.

Sekiranya semua perundingan selesai dengan Putera Faisal, Liverpool bakal menjadi kelab kedua dari England dibeli oleh ahli perniagaan dari Asia Barat selepas Manchester City.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Fan setia Liverpool, apa komen anda semua.

Reply to This

no komen...he3

Reply to This

Kalu demo no komen, wat gapo demo masuk dale ni??? Demo silap pintu dh ni..

Reply to This

salam...aku sbg salah seorang fan liv sgt teruja jgkla...
pok arab nk beli tu...huhuu
kbykan pmilik klb epL dkuasai pok2 arab...

Reply to This

Teruja2 jgk... kalu pak arab abik alih .. sepak jauh2 nate oram israil hok ada dlm pasikan 2... nate oram israil 2 x guna pero.... mapus xpo. bedil2 mapus...

Reply to This

Adry© said:
Kalu demo no komen, wat gapo demo masuk dale ni??? Demo silap pintu dh ni..

demo royak fan setia liverpool,kawe buke...2 no komen 2....

Reply to This

Fan tak setia Liverpool dn juga fan2 team lain pn boleh komen..

Reply to This

oyak la awal2...tk dk mood dh kawe...

Reply to This

50% syer lagi akan dibeli oleh rakyat Malaysia namo "ze" blake... bermakna, pasukan liverpool akan menerima 2 pemilik baru. harap maklum...

Reply to This

acu said:
oyak la awal2...tk dk mood dh kawe...

Olohhh....demo pn nok ngaju jugok ko?? Takpo, biar kawe pantun ko demo.
Ju ju bate salok,
Lepah ngaju nok pulok.

Hahaha...

Reply to This

NIZE86 said:
50% syer lagi akan dibeli oleh rakyat Malaysia namo "ze" blake... bermakna, pasukan liverpool akan menerima 2 pemilik baru. harap maklum...

Kawe tahu, rakyat M'sia yg nk beli 50% share Liverpool tu namo dio, Kak Ze(penjual kepok lekor tsohor).

Reply to This

Adry© said:
acu said:
oyak la awal2...tk dk mood dh kawe...

Olohhh....demo pn nok ngaju jugok ko?? Takpo, biar kawe pantun ko demo.
Ju ju bate salok,
Lepah ngaju nok pulok.

Hahaha...


tok say eh...

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • ir
  • misz tikah

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!