Kelantan berpesta gol
Selangor tewas kepada UPB MyTeam di tempat sendiri
PENDATANG baru, Kelantan muncul pendahulu baru Liga Super apabila meraih kemenangan besar 5-1 ke atas jiran pantai timur, Pahang bagi menyingkirkan Selangor yang tewas 1-0 kepada UPB-MyTeam, malam tadi.
Kelantan mendahului menerusi Khalid Jamlus seawal minit pertama sebelum Zairul Fitri Ishak menambah gol kedua pada minit kesembilan sebelum Hasnizan Kamaruddin merapatkan kedudukan pada minit ke-25.
Pelawat mengukuhkan kedudukan menerusi Mohd Badhri Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62) sebelum Khalid melengkapkan kemenangan besar dengan gol kedua minit ke-74.
Dengan Selangor kecundang 1-0 kepada UPB-MyTeam di Stadium Shah Alam, anak buah bimbingan Peter Butler melonjak mengatasi Merah Kuning ketika kedua-dua pasukan sebelum ini dipisahkan dengan jumlah perbezaan gol.
UPB-MyTeam meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-68 menerusi Norshahrul Idlan Talaha yang menyudahkan hantaran silang K Depan.
Tags:
Share
-
▶ Reply to This