DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Kelantan berpesta gol

Selangor tewas kepada UPB MyTeam di tempat sendiri

PENDATANG baru, Kelantan muncul pendahulu baru Liga Super apabila meraih kemenangan besar 5-1 ke atas jiran pantai timur, Pahang bagi menyingkirkan Selangor yang tewas 1-0 kepada UPB-MyTeam, malam tadi.

Kelantan mendahului menerusi Khalid Jamlus seawal minit pertama sebelum Zairul Fitri Ishak menambah gol kedua pada minit kesembilan sebelum Hasnizan Kamaruddin merapatkan kedudukan pada minit ke-25.

Pelawat mengukuhkan kedudukan menerusi Mohd Badhri Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62) sebelum Khalid melengkapkan kemenangan besar dengan gol kedua minit ke-74.

Dengan Selangor kecundang 1-0 kepada UPB-MyTeam di Stadium Shah Alam, anak buah bimbingan Peter Butler melonjak mengatasi Merah Kuning ketika kedua-dua pasukan sebelum ini dipisahkan dengan jumlah perbezaan gol.

UPB-MyTeam meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-68 menerusi Norshahrul Idlan Talaha yang menyudahkan hantaran silang K Depan.

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Kekalkan misi kecemerlangan dan buktikan kepada psukan lain yang kita merupakan psukan yang digeruni...Gomo Klate Gomo!

Reply to This

ingt sek kito...
slngor dok tnggo tratas untk smntra jah...

Reply to This

pasukan qlate mmg buleh main lah...
jd teruskan lg usaha untuk berhadapan ngn pasukan negeri9 pd separuh akhir kedua dlm liga perdana...
semogo puak qlate buleh mng ar...
gomo qlate gomo...!!! gomo qlate gomo...!!!

Reply to This

kelate mene. alhamdulillah.

terbukti kelate lebih hebat dari N9.teruskan perjuangan.


gomo kelate gomo

Reply to This

gomo kelate gomo! takbir!!
Kelate hebat di bawah naugan Pentadbiran PAS!!

Reply to This

takbir!!!!!!!!!!!.. .x dlupakan Anuar musa....
menaikkan nma kelate d persada liga malysia.

gomo kelate gomo.

Reply to This

Pengurusan yg paling mantap tahun ni milik kelate.

Reply to This

ada no pemain bola?
tgk la kalau balik perak nanti nak ambik no indra dengan adk dia yg nama nusi
adk dia main sepak takraw
umah dia depan umah saya jer

Reply to This

malang sungguh nasib indra sbb tak blh bermain di indra kayangan nanti
tak per,, untuk abg, man akan terus kan doa semoga abg tetap menjadi pemain terhebat
nanti kita jumpa di perak

Reply to This

gomo kelate gomo tu molek doh
tapi hok tok molak nyo
g gomo gu diri
parok klate taro no
malu kow tok guru hari tu
dahsyat2
ubah2 la sikit perangai sek kito

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow
  • Othman Bin Zulkapli
  • mEraH kUniNg
  • kayangan loundge
  • nyamuk09
  • ir

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!