kelantan lwn negeri sembilan
Kelantan selepas menerima nasib sama apabila tumbang 2-1 kepada Negeri Sembilan di Kota Bharu.
Di Stadium Sultan Mohamad IV lain pula jadinya, apabila berlaku insiden membaling objek ke padang ketika babak permainan hampir tamat menyebabkan perlawanan ditangguh kira-kira lima minit.
Kejadian boleh dielak jika anggota polis ditugaskan mengawal perlawanan tidak begitu asyik melihat perlawanan daripada mengawal penonton.
“Saya tengok polis ramai tapi lebih fokus perlawanan. Saya rasa insiden ini dapat dikurangkan jika mereka memberi perhatian kepada penonton dan bukan perlawanan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Dua gol Negeri Sembilan dijaringkan Shahurain Abu Samah pada m-41, dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, m-62 sementara gol tunggal Kelantan dijaringkan Indra Putra Mahyuddin hasil penalti, m-79.