DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

Sumber dari: http://kelate.net/forum/viewtopic.php?t=1587

Tujuan saya membuka thread ini adalah untuk kita sama-sama membincangkan tentang kejohanan PestaBola Merdeka 2008 edisi ke-40 yang akan berlangsung dari 15 - 25 Oktober 2008. Seperti yang kita maklum, pada edisi yang ke-39 pasukan negara kita yang telah diwakili oleh pasukan bawah 23thn negara dibawah bimbingan jurulatih Sathianathan telah menewaskan pasukan Myanmar, juara edisi ke-38 pada final yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Adakah pada tahun ini malaysia mampu mempertahankan kejuaraan? Yang pasti kejohanan kali ini akan lebih sengit dengan kehadiran pasukan-pasukan dari luar asia dan semua pasukan yg telah mengesahkan kehadiran telah berjanji akan menghantar pasukan terkuat mereka... berikut adalah pasukan yang terlibat berserta ranking FIFA terbaru...

Kazakhstan (120)
Myanmar (160)
Malaysia (161)
Vietnam (166)
Pakistan (168) - Reserve takut ada team tarik diri last minit
Nepal (177)
Bangladesh (179)
Sierra Leone (181)
Afghanistan (182)

Seperti kebiasaanya, format pertandingan adalah 8 pasukan di bahagikan kepada 2 kumpulan yang akan bermain di Stadium MBPJ Kelana Jaya dan Stadium PBKL Cheras.

Diharapkan keputusan FAM yg menjemput pasukan yang mempunyai ranking lebih rendah daripada pasukan negara tidak akan memakan diri kerana setiap pasukan mempunyai kelebihan masing2 antaranya :

Sierra Leone, walau pun ranking FIFA agak teruk, ini disebabkan kurangnya perlawanan antabangsa dan mereka sebenarnya mempunyai pemain-pemain bintang seperti Kei Kamara(Houston Dynamo/USA), Mohamed Kallon(Al Shahab/UAE), Sahr Senesie(Borussia Dortmund/Germany) dan Albert Jarret(Watford/England)-x confirm lg.... Sierra Leone ni di dilatih oleh Andy Gray, ore kuat jugak tuh dlm bola sepak di England... Sierra Leone ni ada lagi pemain bintang mereka yg masih belum mempunyai cap kebangsaaan bersama Sierra Leone tp bertaraf bintang antaranya ialah :
Nigel Reo Coker (Aston Villa) captain under 21 England
Carlton Cole (West Ham)
Liam Rosenior (Reading) bapanye pnah main utk Sierra Leone (Leroy Rosenior)
Curtis Davies (Aston Villa)
Steve Kabba (Watford)

Myanmar, musuh tradisi malaysia dlm pestabola merdeka, masih mengharapkan kudrat tenaga Soe Myat Min (Finance & Revenue/Myanmar) dan Yan Paing (Finance & Revenue/Myanmar) yg mana khabar angin menyatakan 2 pemain ini pernah di pancing oleh pasukan kelab divisyen bawahan dr eropah.

Vietnam, mengikut jejak Singapura yg mana telah menggunakan khidmat pemain import untuk pasukan kebangsaan. Mungkin Vietnam mendapat mimpi ngeri jika kita masih ingat dulu Syamsuri Mustapha, keeper malaysia pernah menjaringkan gol dr tendang gol...heheh... disebabkan itu Vietnam secara rasminya menggunakan khidmat goalkeeper dari Brazil iaitu Fabio 'Phan Van' Dos Santos (Dong Tam Long An/Vietnam) juga bekas keeper kebangsaan Brazil yg telah berkahwin dgn org Vietnam...huhuhu... selain itu tumpuan juga mesti diberikan kepada Le Cong Vinh (The Cong/Vietam) dan Phan Thanh Bình (Dong Thap FC/Vietnam)

Nepal, tumpuan harus diberikan kepada 2 pemain ini....Tashi Tsering (Manang Marsyangdi Club/Nepal) dan Santosh Shahukhala (Chittagong Abahani/Bangladesh)

Bangladesh, tidak byk maklumat yg sy dapat tentang pasukan ini, hanya tumpuan harus diberikan kepada pemain yg menjadi harapan mereka iaitu Mohamed Jahid Hasan Emily (Abahani Krira Chakra/Bangladesh)

Afghanistan, pasukan yg menghuni ranking FIFA tercorot dalam pasukan yg bertanding pada edisi ini tetapi harus diberikan perhatian yg serius oleh pasukan lain kerana mereka mempunyai pemain bintang yang berpangkalan di Bundesliga seperti Harez Arian Habib (FSC Lohfelden/Germany), Obaidullah Karimi (Eintracht Norderstedt/Germany) dan Ata Yamrali (ASV Bergedorf 85/Germany) serta pemain liga tempatan mereka Hafizullah Qadami (Kabul Bank FC/Afghanistan).

Kazakhstan, menjadi pasukan pilihan pada edisi kali ini. Dengan ranking FIFA ditangga ke-120 dan dibarisi pemain seperti Andrei Karpovich (Dynamo Moscow/Russia), Dmitriy Lyapkin (Baltika Kaliningrad/Russia), Nurbol Zhumaskaliyev (Tobol/Kazakhstan) dan Ali Aliyev (Kayseri Erciyesspor/Turkey).

Malaysia, misi mempertahankan kejuaraan pada kali ini dilihat agak sukar tetapi diharapkan pasukan Malaysia mampu memberikan saingan kepada pasukan lain. Diharapkan taktik 3 serampang yg baru dipraktikkan oleh Sathianathan menjadi seperti mana gandingan 3 serampang Malaysia semasa aksi persahabatan di Slovakia minggu lalu iaitu Safee Sali, Zaquan Adha dan Nizarudin Yusoff yg mana telah menjaringkan gol disetiap perlawanan di Slovakia.

Semoga pasukan Malaysia tidak menyajikan aksi sama seperti Piala Asia yg lalu...

sumber : HarimauMalaya.com, FIFA.com, http://kelate.net/forum/viewtopic.php?t=1587 (dicopy sepenuhnya dari link ini)dan web-web yg berkaitan

Tags: pestabolamerdeka2008

Share 

Add a Comment

You need to be a member of DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA' to add comments!

Join this Ning Network

kuZZy Comment by kuZZy on October 19, 2008 at 9:30am
btoi2!!aku skong 200% gn bro farez....hahahahahah
Fareez Comment by Fareez on October 18, 2008 at 2:09pm
fuhh pjg lebar abg kte no komen..tp aku sokonglah gak stetment beliau..kalo bkn kte lg nk tegur slh org atas sape lg kn..org2 dlm FAM tu tau apa???apa lg kuarkanlah ISA kt org2 FAM sbb mereka2 sume bkl mengancam negara..hahahahahahahahahahah
bob Comment by bob on October 17, 2008 at 1:06pm
(maafkan saya saudara Khai saya tidak tahu kemana harus saya letakkan tulisan saya ini!)



SIAPA BETUL... SIAPA SALAH

Siapa patut dipersalahkan sekirannya ranking bola sepak kita jatuh merosot ke 170an hingga ke 200 suatu hari kelak. Siapa patut dipersalahkan kalau setiap stadium utama bola sepak ditempat anda kosong paling ramai hanya 100 ke 200 orang saja yang datang. Siapa patut dipersalahkan sekirannya MALAYSIA jadi PASUKAN BELASAHAN? Adakah jurulatih? pemain? penonton? ataupun FAM? Jawapannya tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya kitalah yang bakal menentukan hidup dan matinya bola sepak Malaysia. Kalau kita tak bekerjasama dan sengaja butakan mata dan pekakkan telinga kita demi kearah pembanggunan bola sepak dizaman moden ini maka bola sepak kita akan kekal sebegini sampai bila-bilapun. Yang jelasnya orang kita lebih berminat kearah berebut-rebut menjawat jawatan tertinggi siapa bakal jadi ORANG NO 1, ORANG NO 2 dan ORANG NO 3. Menunding jari diatas setiap kekalahan daripada memperbaiki dan mempelajari kelemahan dan kesilapan diri sendiri serta tidak langsung berminat mememikirkan cara bagaimana untuk memajukan bola sepak. Kalau menang kita dipuji kalau kalah dimaki hamun.! Kearah pembanggunan bola sepak Malaysia... apakah kita tidak mampu dari segi kewangan? cetek dari segi pengetahuan? ataupun orang Malaysia sebenarnya memang BODOH tentang bola sepak? Jawapannya TIDAK sama sekali. Sebenarnya kita... (maafkan saya kalau keterlaluan) tidak jujur dan ikhlas, mudah putus asa, leka dibuai mimpi indah (RM$$), malas nak belajar perkara2 baru, terlalu merendah diri, berperinsip cukup2 makan aje sudahlah (mudah puas hati), ada perasaan tamak dengki, tak ada minat untuk bersaing dan terlalu mengharapkan bantuan tanpa berusaha sedaya upaya dahulu. Kalau kita hentikan sama sekali kesemua sifat2 tersebut INSYAALLAH kita mungkin berjaya. Cubalah kita lihat disekeliling jiran2 kita yang lain seperti Jepun, Korea, Indonesia, China dan Thailand. Saya berani mengatakan standard permainan mereka sudah hampir dapat bersaing dengan negara2 Eropah.

Di era 70an ke 80an ruang2 utama akhbar berita sukan... di semua akhbar dengan bangganya menyiarkan berita seperti... Malaysia digeruni di Asia Tenggara, Malaysia layak ke Olimpik Moscow, Tiket perlawanan habis dijual, Kutipan tiket tertinggi di stadium2 utama dan bermacam2 lagi cerita menarik pasal bola yang membanggakan. Berita yang semacam inilah yang harus diulang tayangkan dimasa kini diakhbar-ahbar dan stesen2 TV yang harus kita bukan setakat fikirkan malahan laksanakan dengan bersungguh-sungguh serta jujur dan ikhlas. Bukannya bertelagah sesama sendiri untuk kepentingan individu yang ternyata tidak mendatangkan hasil.

Itu dahulu, tapi sekarang zaman sudah berubah. Bola sepak Malaysia harus terima pembaharuan. Isu pemain import tidak dibenarkan oleh FAM satu kesilapan BESAR dan mengelapkan masa depan bola sepak Malaysia. Apa sebenarnya masalah pengurusan FAM? Dimana pendirian FAM? Sekejap boleh sekejap tak boleh. Bola sepak Malaysia sudah jauh ketinggalan di rantau Asia. Kelab2 di Eropah berlumba-lumba memancing pemain ternama seperti Christiano Ronaldo dan sebagainya. Bukankah itu satu perlumbaan/persainggan yang sihat demi pembanggunan bola sepak. Maksud saya bukannya pemain yang terlalu ternama seperti Ronaldo atau pemain lain yang setaraf dengannya yang harus dibawa masuk ke sini tapi sekurang kurangnya pemain yang berkualiti yang memenuhi ciri2 yang ditetapkan oleh FAM (FAM lebih arif). Mengapa liga diMalaysia tiada pemain import?
Mengapa tak di undang pasukan yang lebih tinggi rangkingnya kesesuatau kejohanan yang dianjurkan?
Dengan adanya pemain import, bukan kah itu satu persaingan yang sihat! Kenapa kita takut bersaing? Sebab itu kita KETINGGALAN sebab takut BERSAING. Lihat saja Liga J (Jepun), Korea, China, Indonesia, Singapura dan rakan2 Asia kita yang lain. Mereka tidak kolot seperti kita. Mereka ada perancanggan terperinci. Lihat lah saja contoh yang terbaik IRAQ juara PIALA ASIA baru baru ini. Bukankah mereka masih dibelenggu kesedihan dan peperanggan? Kalau kita berfikiran jauh dan berperancanggan yang teliti saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh berjaya sekurang-kurangnya di peringkat Asia.

Masalah GAJI pemain import/tempatan. Adakah kesilapan persatuan negeri sendiri yang tidak ada perancanggan kewangan untuk meggajikan pemain import? Baru2 ini kita pernah dengar ada sesetengah pemain tempatan negeri tidak dibayar gaji sehingga 4 ke 5 bulan. Gara2 persatuan KANTONG KOSONG. Isu gaji tak dibayar sebenarnya tanggungjawab PENGURUSAN. Kalau sesuaatu badan pengurusan ada perancangan awal dan teliti
saya rasa tidak timbul masaalah gaji. Mudah saja... kalau anda ingin berlagak sebagai BOSS anda harus lebih afrif tentang pengurusan kewangan syarikat anda. Bila berbelanja... kita kena sedar diri kita dahulu kena ikut kemampuan dan yang lebih penting lagi kita kena bekerja dengan JUJUR dan IKHLAS. Ada persatuan negeri yang berbelanja besar keatas pemain import yang saya rasa tidak perlu. Rata-rat mereka ini (pemain import) sudah mati di negara asal mereka kemudian di hidupkan semula di Malaysia (diberi peluang bermain di Malaysia). Bukankah itu pembaziran. Memang benar... kalau kita hendak maju kena bersaing dengan pemain yang lebih berkualiti dan bagus lagi dari kita. Umpama kalau kita main dengan orang BODOH kitapun akan jadi BODOH! Lihatlah saja pasukan yang bertanding untuk kejohanan paling tua di Asia Pesta Bola Merdeka kali ini... langsung tidak mencabar !!!

Isu stadium kosong. Tidak ramai yang datang ke stadium mungkin sebab tiada pemain import... ataupun pemain tempatan sendiri tidak menarik minat penonton... atau tiada pemain/pasukan idola ternama yang benar2 dapat menghiburkan dan menarik minat penonton datang kestadium. Inipun punca kEMEROSOTAN bola sepak kita. Bintang2 dunia sekalipun kalau bermain distadium yang kosong memang tidak bersemanggat untuk menunjukan aksi sebenar mereka. Bagi saya mudah saja... anda PEMAIN BOLA SEPAK harus bertanggung jawab menarik minat penonton. Kalau permainan anda menghiburkan maka penuhlah stadium. Disebaliknya pula kalau tiada penonton datang ke stadium tiadalah kutipan tiket (tak mashuukk..laarr). Oleh itu anda PEMAIN SENDIRI harus berusaha keras dan harus ada sifat persaingan serta mengubah sikap anda cara permainan anda menjadi lebih menarik lebih professional seperti yang dipertontonkan diLiga2 Eropah. Yang lebih penting lagi bermainlah dengan
"SEMANGGAT YANG TINGGI, JUJUR dan IKHLAS". Kalau main macam "TAIK" (maaf...ya) siapa yang nak datang stadium.

Akhir sekali saya dan mungkin juga anda kawan2 sekelian berharap benar agar suatu hari nanti sejarah berulang kembali terpapar berita diruang utama akhbar2 dan TV diserata dunia dengan bangganya menyiarkan berita seperti... MALAYSIA kembali DIGERUNI di ASIA. MALAYSIA layak ke PIALA DUNIA. Tapi bila.. yaa... Insyaallah kalau umur panjang kalau tak... anak2 cucu kitalah nanti yang merasakannya... insayaallah.

Sekain... disudahi dengan ampun dan maaf sekiranya keterlaluan.


mal.asia No1

About

KhAi KhAi created this Ning Network.

Badge

Loading…

Blog Posts

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 28,29 Nov & 2 Dec 2009

Posted by KhAi on November 25, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 21,22 & 25 Nov 2009

Posted by KhAi on November 18, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 7,8 & 9 Nov 2009

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 7:30pm

KhAi

Kelantan Isytihar Cuti Ahad Ini Sempena Final Piala Malaysia

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 10:25am

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • man4118
  • naz
  • zulk
  • acu
  • nyamuk09
  • r@sEToMb_ra8
  • Rahman
  • NIZE86
  • retro
  • zira
  • toktuah
  • kooreen79
  • abdul munzir
  • sfarhanis
  • Adry©

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!