ALOR SETAR, 2 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Isnin mengumumkan pelantikan bekas jurulatih bola sepak skuad Pahang, Ahmad Yusof sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan itu.
Timbalan Presiden KFA, Datuk Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah yang mengumumkan perlantikan itu berkata, pelantikan Ahmad berkuatkuasa Isnin bagi menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah yang meletakkan jawatan bulan lepas.
Ahmad, 49, ditawarkan kontrak selama setahun dan diberi tanggungjawab membimbing Kedah untuk menghadapi kempen Liga Malaysia sepanjang musim 2010.
Syed Unan berkata lima pemain pasukan iaitu Rafiz Abu Bakar, Mohd Afif Amiruddin, Mohd Azrul Ahmad, Manopsak Kram dan Mohd Nazmi Baharom turut ditamatkan kontrak.
Syed Unan berkata, kelima-lima pemain itu digugurkan dari skuad Kedah ekoran prestasi yang mengecewakan sepanjang musim lepas.
Sementara itu, Ahmad ketika ditemui berkata, beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan walaupun berhadapan dengan tugas berat untuk menjulang kembali nama pasukan Kedah ekoran pasukan itu gagal mempertahankan kejuaraannya musim ini.
"Saya akan melakukan yang terbaik untuk menjulang semula pasukan Kedah sebagai pasukan elit," katanya.
-- BERNAMA
Tags: beritamalaysia
Share
You need to be a member of DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA' to add comments!
Join this Ning Network