DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

ALOR STAR, 5 Nov (Bernama) -- Dalam usaha mempertahankan tiga kejuaraan bola sepak yang disandang selama dua musim berturut-turut, Kedah akan mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan termasuk menentang pasukan bekas pemain-pemain Brazil di sini Jumaat ini.

Kedah juga akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Jemputan Vietnam di Binh Duong selama 10 hari mulai 28 Nov ini untuk memantapkan pasukan.

Ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah berkata perlawanan ujian dengan pasukan tempatan belum cukup untuk menguji keupayaan sebenar pemainnya menjelang musim baru Liga Malaysia bermula Januari tahun depan.

Sebanyak lapan pasukan akan menyertai kejohanan di Vietnam, melibatkan empat pasukan kelab bola sepak profesional tuan rumah selain pasukan dari Brazil, Thailand dan Singapura.

"Sejak mula menjalani latihan pada 23 Okt lepas gandingan pemain baru iaitu Mohd Farizal Rozali, Mohd Azrul Ahmad, Shahrulnizam Mustapha dan Mohd Hafif Amiruddin menunjukkan kombinasi seperti yang diharapkan," kata Mohd Azraai kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya walaupun tanpa pemain import yang membantu Kedah merangkul Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2006 dan 2007, corak permainan Kedah tidak terjejas.

Mohd Azraai berkata barisan pemain yang ada mampu menjulang Kedah sekali lagi walaupun dua pemain tempatan Hasmawi Hassan dan Rafiz Abu Bakar meninggalkan skuad itu.

"InsyaAllah kami akan mempertahankan tiga kejuaraan dengan kudrat pemain baru yang telah menunjukkan komitmen memberangsangkan dalam latihan," katanya.

Mohd Azraai berkata sebarang perubahan hanya akan dibuat selepas pasukan itu kembali dari Vietnam.

Mengenai perlawanan persahabatan dengan pasukan bekas pemain Brazil di Stadium Darul Aman Jumaat ini, beliau berkata peluang itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain bagi menimba pengetahuan daripada pemain yang berpengelaman dan berkemahiran tinggi.

"Bermain dengan bekas-bekas pemain Brazil ibarat satu peluang keemasan yang dinantikan setiap pemain Kedah," kata Mohd Azraai.

Pasukan bekas bintang terkemuka Piala Dunia Brazil sedang mengadakan lawatan ke Malaysia dari 2 hingga 8 Nov ini dan menyertai beberapa perlawanan amal bagi mengisi tabung bantuan mangsa Taufan Nargis di Myanmar.

Antara pemain terkenal Barzil eras 90an yang turut serta ialah Paulo Sergio Rosa, Cesar Sampiao, Ze Carlos, Giovanni, Emerson, Batista, Silvio dan Cleber.

-- BERNAMA

Tags: malaysia

Share 

Comment

You need to be a member of DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA' to add comments!

Join this Ning Network

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • masshat
  • MOHAMAD NIZAM BIN ZULKIFLI
  • shaket kupang
  • siti fairuz
  • ohm
  • sarina izryn
  • cHeLseA4eVa
  • jedian
  • Hussin Bin Abdul Rahman
  • azila
  • ct_perwira
  • gLaTiCoS
  • NIZE86
  • Firdaus
  • kuey teow

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!