DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

KhAi

Kelantan Isytihar Cuti Ahad Ini Sempena Final Piala Malaysia

KOTA BAHARU, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan pasukan bola sepak negeri itu melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menentang Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco hari ini yang turut menyatakan bahawa cuti peristiwa itu mengambil kira faktor keselamatan di jalan raya bagi para penyokong bolasepak Kelantan yang akan pulang dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Kelantan.

"Sebagai habuan kerana melayakkan diri ke perlawanan akhir tersebut, kerajaan negeri juga akan membiayai pakej mengerjakan umrah serta wang saku kepada semua pemain, pegawai dan pengurusan pasukan bolasepak Kelantan 2009," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perlis dengan agregat 5-1 pada peringkat separuh akhir sekaligus membuka peluang Kelantan merebut piala berprestij itu setelah kempunan hampir 40 tahun selepas tewas 0-2 kepada Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1970.

Ditanya sama ada habuan lain menanti pasukan jika Kelantan menang pada perlawanan Sabtu ini, Ahmad berkata habuan seterusnya akan difikirkan kemudian.

Beliau turut menasihatkan penyokong Kelantan supaya berdisiplin dan memberi sokongan kepada pasukan Kelantan berdasarkan semangat kesukanan.

"Kita juga mahu mereka pulang kembali ke Kelantan dengan selamat dan tidak perlu terburu-buru di jalan raya," katanya.

--BERNAMA

Tags: beritamalaysia

Share 

Add a Comment

You need to be a member of DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA' to add comments!

Join this Ning Network

About

KhAi KhAi created this Ning Network.

Badge

Loading…

Blog Posts

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 28,29 Nov & 2 Dec 2009

Posted by KhAi on November 25, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 21,22 & 25 Nov 2009

Posted by KhAi on November 18, 2009 at 7:30pm

KhAi

Jadual Liga Perdana Inggeris - EPL 7,8 & 9 Nov 2009

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 7:30pm

KhAi

Kelantan Isytihar Cuti Ahad Ini Sempena Final Piala Malaysia

Posted by KhAi on November 5, 2009 at 10:25am

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • man4118
  • naz
  • zulk
  • acu
  • nyamuk09
  • r@sEToMb_ra8
  • Rahman
  • NIZE86
  • retro
  • zira
  • toktuah
  • kooreen79
  • abdul munzir
  • sfarhanis
  • Adry©

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!