DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA'

Info Bola Sepak | Liga Super | Berita BolaSepak Malaysia | Liga Perdana Inggeris

KhAi

Negeri Sembilan Berazam Tamatkan Penantian 61 Tahun Bawa Pulang Piala Malaysia

SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) -- Negeri Sembilan berazam untuk membawa pulang Piala Malaysia pada musim ini sebagai hadiah istimewa kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt lepas.

Jurulatih skuad Rusa Wan Jamak Wan Hassan berkata keazaman itu dinyatakan oleh semua pegawai, pemain dan mereka berjanji untuk mengotakannya.

"Kami sedar misi ini bukan mudah tetapi kami semua telah bertekad untuk menjulang Piala Malaysia Sabtu ini, sekali gus menamatkan penantian 61 tahun dan kita mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada Tuanku Muhriz dan rakyat Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Negeri Sembilan mengalahkan Terengganu 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu lepas untuk mara dengan agregat 4-1 manakala Kelantan layak ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan Perlis dengan agregat 5-1.

Kali pertama Negeri Sembilan menjejakkan kaki ke perlawanan akhir ialah pada tahun 1948 ketika itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya dan berjaya merangkul piala itu selepas menewaskan Selangor 2-1.

Namun, Negeri Sembilan dihampakan dua kali dalam perlawanan akhir selepas itu iaitu ketika tewas 0-2 kepada Perak pada tahun 2000 dan kecundang ketika menentang Perlis 1-2 pada tahun 2006, kedua-duanya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Wan Jamak berkata musim ini adalah musim terbaik untuk pasukannya merealisasikan impian menjulang piala berprestij itu berdasarkan prestasi konsisten setiap pemain.

"Apa yang penting jangan sesekali hilang tumpuan kerana ia boleh membawa padah pada perlawanan akhir itu nanti," katanya.

Katanya beliau tidak mahu memberi tekanan kepada pemain kerana sedar mereka sendiri ada keazaman yang tinggi untuk memburu kejuaraan yang diidam-idamkan.

Wan Jamak berkata tumpuannya kini terarah kepada usaha menguatkan aspek fizikal dan mental pemain dan memastikan mereka mengekalkan rentak dan tidak mudah hilang tumpuan kerana para pemain bukan sahaja berdepan dengan pemain lawan tetapi juga ribuan penyokong lawan.

Sementara itu, pemain penyerang Negeri Sembilan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mahu memastikan namanya tersenarai sebagai penjaring gol pada final Sabtu ini.

"Matlamat saya adalah untuk menjaringkan gol di final nanti dan kalau boleh membuat hatrik untuk menjadikannya suatu detik bersejarah dalam hidup saya, apa lagi ia adalah final pertama bagi saya kerana tidak beraksi ketika Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir 2006," katanya.

Penyerang kebangsaan itu yang kini bergandingan dengan Hairuddin Omar adalah antara tonggak barisan serangan Negeri Sembilan dalam memburu kejuaraan.

Hairuddin, 30, pula berkata beliau tidak kisah siapa yang menjaringkan gol namun apa yang penting memenangi perlawanan akhir itu.

Pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk mencapai impian itu, kecuali dengan semangat dan kekuatan sepasukan yang tinggi.

-- BERNAMA

Tags: beritamalaysia

Share 

Add a Comment

You need to be a member of DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA' to add comments!

Join this social network

corethumb Comment by corethumb 1 day ago
rasuah ko apo ko.......... nogori totap monang!!!!! hahahaha! hobin jang hobin!!!!!!! pueh hati den!!!
ErizZuan Comment by ErizZuan on November 21, 2009 at 1:53pm
alah adeq man, yg terima rasuah tu plak??? alahai dangkal sgt ayat ko tu..... ko brpijak di bumi nyata bai, kito tak selalu di atas dan tak selalu di atas... terimalah hakikat yg klantan da kalah, takkan la player bodoh bile da smpai final nk kuburkan hrapan team... bukti nyata mlm tu fan yg 1/3 ni kuasai sorakan, fan yg konon fanatik berbaju merah baling mercun n bakar kerusi... paling menyayat hati minit 60 semua tglkan stadium... kalo ko igt la, n9 klh semi-fa kat paroi aritu smpai masa tamat pon kami x tglkan stadium... ko igt sekali masuk final leh trus menang? ko kne blaja dgn tgk team2 yg da byk kali ke final, mcm mane prjuangan mrk... team klantan br je setahun jagung dlm arena elit ni... posisi byk tak kemas..
adeq_man Comment by adeq_man on November 16, 2009 at 8:52pm
alahai,, tak payah nk bangga la n9 menang lawan kelantan
tu pun sbb rasuah la
ingat lah org yg bg rasuah tu dan terima rasuah tu
di mana diri anda kelak

About

KhAi KhAi created this social network on Ning.

Create your own social network!

Badge

Loading…

Iklan di DuNia BoLa SepaK

(IKLAN disini HANYA RM10 SEBULANI)
Jika Berminat untuk letak iklan anda disini sila tinggalkan mesej anda di >>laman saya<<
atau email ke mybola20[at]yahoo.com


>PELANCARAN LAMAN WEB HOTFILEMALAYSIA.COM DAPATKAN AKAUN PREMIUM HOTFILE DENGAN HARGA MURAH DAN MENJIMATKAN - STOK TERHAD BELI SEKARANG

>DAPaTKAN GOSSIP-GOSSIP TERKINI ARTIS MALAYSIA DISINI-31/12/09

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Members

  • acu
  • mR^aRiN
  • mkmz hijau kuning
  • cHeLseA4eVa
  • nyamuk09
  • zamakhshary
  • SLASH
  • kayangan loundge
  • MANSOR ADABI B. AWANG
  • N9_JOE
  • NIZE86
  • kerituk_pending
  • human
  • restinpeace
  • TOK HAJI BUNGA

StaTisTiK PeLaWaT

web counter free web stats View My Stats

© 2009   Created by KhAi on Ning.   Create Your Own Social Network

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!