Oleh Azidan Nahar, Amin Ridzuan Ishak, Kamudin Baharom, Bashah Zainol Abidin dan Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
Hijau Kuning pula teruskan kebangkitan
PERTEMBUNGAN takhta teratas Liga Super menepati ramalan ketika Selangor merampas pendahuluan daripada Kelantan dalam perlawanan yang menyaksikan tuan rumah menang 3-0 dipenuhi insiden yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain di sebalik kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Seawal minit kelima, gegaran dicipta Selangor yang mendahului menerusi jaringan R Surendran yang bijak menyempurnakan hantaran dari sebelah kiri Mohd Amirulhadi Zainal untuk merembat melepasi penjaga gol Kelantan, Halim Napi.
Babak kedua menyaksikan jurulatih Selangor, K Devan memasukkan Fazildin Khalid bagi memperkemaskan pertahanan yang diasak bertubi-tubi oleh Kelantan dan ia membutirkan hasil apabila D Surendran menjaringkan gol kedua hasil sepakan percuma minit ke-69 dan menambah satu lagi minit ke-90.
Di Stadium Utama, Perlis mengukuhkan kedudukan dalam kelompok tiga teratas selepas menewaskan UPB MyTeam 2-0 menerusi jaringan Amar Rohidan, minit ke-44 dan Nizaruddin Yusof minit ke-84.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan melakar kemenangan selesa apabila menumbangkan Polis 4-1. Gol pasukan tuan rumah disumbang Rezal Zambery Yahya (minit ke-5), Mohd Asyraf Al Jappri (m48) dan Zaquan Adha (m48 dan m85) manakala Silvester Sindih menyumbat gol tunggal Polis minit ke-43.
Di Stadium Darulaman, Kedah meneruskan kebangkitan apabila menang 3-0 menundukkan Terengganu.
Kedah mendahului 2-0 menerusi tandukan Faizal Abu Bakar pada minit ke-25 dan Khyrill Muhymeen pada minit ke-44 sebelum Badrol Bakhtiar melengkapkan kemenangan dengan gol menerusi tendangan bebas pada minit ke-73.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, badi kekalahan Johor FC berterusan apabila ditumbangkan Kuala Muda Naza 1-0 menerusi jaringan K Rajan minit ke-12.
Sementara itu Pulau Pinang hanya mampu seri 2-2 menentang Pahang.
Tags: malaysia
Share
You need to be a member of DuNia BoLa SepaK - 'KoMuNiTi BoLa MaLaySiA UnTuK SeMuA' to add comments!
Join this Ning Network